Jun 2007


Allah

Terdapat banyak seruan di dunia. Tapi seruan yang selalu saya dengar inilah yang membuatkan diri saya berasa mulia.

“Allahu akbar..wa lillahil hamdu”

Bagai sapa garuda menghenyak gunung!

Bagai tsunami menggucah pesisiran!

Bagai gelombang menusuk gegendang!…

dsc_2743alwi2.jpg

Sesekali bergambar….hidup di dunia maya tak bererti perlu berselindung muka….

Sering pada waktu subuh, seorang insan berdengkur meringkuh kokokan ayam. Sahut-sahutan temasya alam itu seolah mengiakan fitrah kehaiwanan yang sama. Namun yang dikatakan haiwan itu sedang beribadah kepada TuhanNya dengan mendakwahi manusia akan tetapi yang bernama insan itu melagukan irama kelalaian yang mengingkari Tuhan.

“Insan! Bangun subuh! Tiap pagi tak sembahyang setan sorang nih…” kejut seorang daie Musleh Jadid.

“Hoi bangunlah monyet! Dah besar panjang pun tak reti nak bangun ker! Ni mak bapak tak ajar la nih..” kejut si Mujahid Jadid.

Dan pelbagai kejutan Muslim, Mujahid, Musleh, Hamidun, Saeehun, Ruhul Jadid, Talhah,Umar. Tetapi bukan dari Britney, Lindsay, Delta, Paris dan Zahra’ dan lain-lain lagi sejenisnya yang biasa ia dengari dalam gurau senda hari-hari.

Insan bukannya tidak mahu bangun. Dia sengaja membatukan dirinya seolah-olah masih tidur.  Dengkurannya itu telah berhenti pada panggilan yang pertama lagi. Hatinya umpama hati ikhlas Nabi Ibrahim mencari Tuhannya. Dia mahu ikut bersama mereka. Sembahyang bersama-sama. Berdoa sama-sama. Bersalaman sama-sama. Tazkirah sama-sama. Akan tetapi..entahlah…

Insan bukan tidak mahu, bukan dia tidak suka, jauh sekali dia mengatakan Muslim, Mujahid, Saeehun dan rakan-rakan yang lain salah. Tidak pernah dia melabel mereka sesat dan sebagainya. Jauh di perdu hatinya, biar pahit dengan kasanova dan fatamorgana dunia hedonismanya, mengakui mesej kebenaran yang mereka sampaikan. Mesej yang bukan dia tidak tahu, tapi dia pandang sebelah mata. Jiwanya perit dengan hidup bertopeng yang sedang dia puaskan, dan sesekali dia terasa fitrahnya atau mungkin malaikat menjerit di hujung mindanya untuk kembali pada namanya, Insan. Bukan syaitan. Bukan dan memang bukan syaitan.

Dia selalu menjadikan alasan rakan-rakan daie Muslim Jadid dan Mujahid Jadid sebagai bentengnya yang utuh. Umpama sumpah azimat dia berkata, ” aku bukan tak suka, tapi cara the Jadids tu yang buat aku sengal dan gatal-gatal”. Lalu dia dustai seluruh daie Muslim dan Mujahid yang lain. Dan kadang-kadang dia menggaru kepaa dibelakang mereka seraya berfikir kembali kesan perkataannya. Dia tahu dia berdusta, dan dia tahu dia bukan di pihak yang benar.Bahkan bukankah ‘cool’ mengikut arus?

Dia tetap berfikir, tapi adakalanya dia malas. Tika ia berfikir, terus masuk dalam fikirannya tentang the Jadids. Arghhhhhh!!!!! Mereka lagi. Terus terpampang sahabatnya di pesta-pesta. “Mereka sahabat luaran. Aku berseronok. Tapi aku langsung tak percaya mereka!” Tapi sahabat itulah yang dia campuri.

Insan tahu hidupnya pasti bukan begini. Dan Insan terus tahu dan tahu…dan tahu…

Sadaqallahul ‘azim.

Antara pelbagai isu yang memeningkan kepala dhu’at adalah seputar masalah ukhuwwah. Inilah titik kekuatan kedua sebagaimana yang digariskan oleh Imam Syahid Hasan al- Banna dan sememangnya titik ini sangat sukar untuk dilaksanakan.

ukhwah

Sebuah entiti memerlukan kekuatan untuk mendokongnya. Begitu juga Islam. Dalam mana menaikkan semula Islam, tiang dan pasaknya perlu diperkukuhkan. Sudah pasti, betapa susahnya menaikkan Islam bererti susahnya mengukuhkan pasak-pasak tersebut.  Bila kita berkata susahnya bermain bola, bererti susahnya untuk menjaringkan gol. Bila susah menjaringkan gol, maka susah pula untuk synchronize strategi, passing dan setting.

Kekuatan ukhuwwah lebih sukar kerana ia melibatkan jami’ah..bererti kelompok. Kekuatan iman lebih kepada individual. Namun relatif ini tidak bererti ianya akan lebih utama dari yang lain kerana ia saling memerlukan. Tiadalah erti ukhuwwah tanpa iman, dan apalah ertinya iman kalau tidak membuahkan ukhuwwah. Cumanya persoalan ukhuwwah ini seringkali mengacau kehidupan dan perlu ia difahami dengan lebih mendalam.

Ukhuwwah yang kita fahami terdiri dari banyak tingkat. Seperti yang digariskan, peringkat yang rendah adalah berlapang dada dan peringkat yang paling tinggi ialah itsar. Bunyi agak mudah, namun tidak praktikalnya. Seringkali ia memerlukan ketelitian dalam memahaminya dan memerlukan pendekatan semasa.

Tidak perlu untuk saya perbahaskan dalil-dalil disini kerana ianya boleh didapati di dalam buku dan web ilmiah seperti www.dakwah.info dan lain-lain lagi. Akan tetapi perlu ada satu tasawwur dalam memahaminya. Ukhuwwah yang berjaya ialah sejauh mana seorang akh Muslim itu melaksanakan tanggungjawab ukhuwwahnya kepada ikhwah-ikhwah yang lain. Maka dengan itu, tidak perlu untuk seseorang akh itu melihat sejauh mana ikhwah lain melaksanakan tanggungjawab ukhuwwah kepada dirinya.

Kegagalan seorang akh melaksanakan ukhuwwah adalah apabila dia terlalu melihat kesan ukhuwwah yang cuba dipraktikkan dan pihak lain mempraktikkan ukhuwwah tersebut. Dengan kata lain, mengharapkan pihak lain berukhuwwah dahulu sebelum dia melaksanakan ukhuwwah. Juga pastinya, ia juga berbalik kepada soal keikhlasan dan kefahaman.

Kita dapat lihat dari contoh biasa, siapakah yang paling kita anggap sebagai akh yang paling berukhuwwah. Sudah pasti akh yang tidak kisah membelanjakan hartanya, sentiasa bermurah hati tanpa banyak berkira dan membuat pekerjaan tanpa disuruh dan merungut. Kisah di sekeliling saya membuktikan itu semua. Saya dikelilingi oleh ikhwah-ikhwah yang ikhlas dan langsung tidak merungut. Ini bukan sekadar teman rumah akan tetapi lebih dari itu. Seorang teman yang saya rindui, yang saya bakal berjumpa apabila pulang ke tanah air adalah role model saya dalam bab ukhuwwah. Tinggalan bahan masakan, cucian, dan mengemas segalanya terserah kepada dia diwaktu orang lain tidak ambil peduli (tidak perasan). Sisa makanan yang meloyakan rela diharungi demi satu prinsip keikhlasan yang mampu diungkapkan mungkin dalam kisah khayalan.

Juga kenalan saya, kesan ukhuwwah yang ditinggalkan sampai ke tahap kami tidak sedar gula kehabisan di rumah kerana tidak pernah keputusan. Hingga akh tersebut pulang ke tanah air, baru kami sedar segala keperluan rumah kehabisan. Ini contoh agung bagi mereka yang mahu berfikir.

ikhwan

Kita kenali peribadi kita, dan elakkanlah dari berprasangka. Saya teringat seorang sahabat yang merungut ketika di satu kejadian dan makanan telahpun habis, akan tetapi mulutnya tidak berhenti dari mengkritik dan melahirkan ketidakpuashatian. Saya agak terganggu sedikit dengan sikapnya akan tetapi saya memahami situasi yang agak menekan ketika itu.

Symbiotic ukhuwwah adalah satu keadaan ideal yang lahir hanya apabila kita semua mempunyai mindset ukhuwwah satu hala. Dengan kata lain, symbiotic ukhuwwah dapat dicapai dengan kita berfikir sejauh mana kita berukhuwwah, melaksanakan hak orang ke atas kita. Jika semua berfikir sebegini, insya Allah akan terjadi ukhuwwah Islamiah yang sebenarnya. Alangkah indahnya!

Semua berbalik kepada faktor kefahaman, tapi jangan kita sangkan kita meningkat dalam dakwah kefahamana kita meningkat, kerana ada banyak peristiwa menidakkan perkara ini.

Moga bermanfaat.

bahasa

Seperti biasa ketika menulis,saya menghadapi dua pilihan, samada english ataupun melayu. Saya berminat menulis dalam kedua-dua bahasa, tapi mungkin kerana sejarah pembelajaran menyebabkan saya kurang mempunyai ’sense’ dalam english. Dengan menulis dalam english juga dapat meningkatkan prestasi tulisan saya dan ilmu saya. Agak sukar untuk memilih akan tetapi saya tetap memilih bahasa Melayu. Mengapa?…Satu sahaja jawapannya, agar tulisan saya benar-benar menyampaikan apa yang saya maksudkan. Saya tidak mahu meletakkan priority improvement English daripada mesej yg saya cuba sampaikan. Agaknya mungkin berkesan untuk semua.

Kedua ialah bahasa multimedia. Entah kenapa saya sangat sukar dalam memahami syntax atau dalam ertikata yang lain segala yang berkaitan dgn programming languange. Tahun pertama saya menyaksikan keruduman saya dalam subjek C programming dan apatah lagi Matlab dan Control. Arghh..mengapa payah benar untuk berfikir cara sebegitu?..Atas sebab itulah saya terlalu lambat dalam memahami HTML languange dan tambah teruk wordpress menghidangkan CSS untuk saya. Tidak mengapalah, saya akan cuba belajar sedikit demi sedikit.

Itulah subjek yang saya ambil pada semester lepas. Understanding the Muslim World. Saya buat keputusan untuk mengambil subjek ini kerana cinta saya kepada ilmu, ingin menambah pengetahuan tentang agama Islam yang saya cintai ini. Itulah harapan saya dan saya sangat berharap ianya akan menjadi kenyataan.

Sudah takdir Allah mungkin ada hikmah disebalik sesuatu. Anda mungkin dapat meneka apa terjadi. Tentunya pengalaman yang tidak manis buat pencinta Islam atau org yg mengaku daie seperti saya. Tidak tahulah bagaimana tetapi mungkin saya bagai pungguk rindukan bulan. Akan tetapi jika saya ingin mengumpamakan pensyarah saya mungkin ‘melepaskan anjing yang tersepit’ paling sesuai. Agak geram tetapi kerana dia telah banyak mengelirukan ramai manusia di dalam kelas termasuklah saya.

 

kids

Di dalam kelas saya dikenal Muhammad from Malaysia. Bunyi macam terkenal tetapi boleh tahan jugalah kerana sering disuruh menjawab pelbagai persoalan. Ialah, setakat siapa nama datuk nabi Muhammad siapa yang tidak tahu. Tapi di dalam kelas 70 orang yang hanya 4-5 orang Muslim dan selebihnya Aussie mungkin agak hebat.

Assignment yang pertama begitu mencabar buat saya. Hanya lebih sedikit dari separuh markah diberikan. Walhal saya rasakan saya sudah buat sehabis baik. Kebanyakan soalan agak mudah, akan tetapi saya sedar sebenarnya menjawab dengan skema fiqh dan syariah dari persepsi Islam yang saya belajar tidak menjanjikan markah yang baik. Saya terpaksa mencedok segala isi dan intipati dari buku teks orientalist yang agak loya saya membacanya. Entah berapa banyak buku-buku atau teks mereka yang perlu saya baca.

Assignment kedua menyusul. Kali ini dalam bentuk lakonan, ataupun pembentangan. Kesnya ialah Salman Rushdie. Memang sengaja tajuk ini dipilih, untuk melihat Islam daru sudut kebebasan dan liberalisme. Sudah saya agak,matlamat tetap untuk liberalisme. Tidak hairan jika ramai yang ke luar negara menjadi liberal. Juga banyak graduan Timur Tengah atau ustaz-ustaz yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Seorang kawan saya, seorang ustaz disini mengiakan perkataan saya bahawa mereka dihantar adalah untuk diliberalkan. Moga Allah melindungi kita semua. Berkenaan liberalisme ini mungkin saya akan ulas lanjut pada waktu akan datang kerana research saya dalam assignment adalah berdasarkan isu ini.

Berbalik kepada Salman Rushdie, saya mengambil watak sebagai Ulama al- Azhar. Agak susah mengambil watak ini kerana saya tidak bisa mencari exact figure. Maka terpaksalah saya mereka skrip yang dicampur-campurkan. Saya mengatasnamakan skrip saya itu atas Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Dr Tariq al- Suweidan. Ini adalah skrip dari buah fikiran mereka yang saya setujui dan saya pun mulalah menanti saat lakonan atau simulation tutorial tersebut.

Ternyata suasana amat berbahang sekali. Pada orang lain mungkin tidak. Tapi diri saya umpama gunung berapi yang mahu meletup. Dapatkah anda merasakan atau membayangkan ditempat saya ketika itu apabila maruah Islam seronok diperbahaskan mengikut hawa nafsu mereka, mizan mereka dan sedap hati. Frasa “i think Islam should be like this etc..” or “what the muslims have done is not appropriate because for me…” dan sebagainya menusuk minda rasional dan jiwa emosional saya. Saya sudah lali dengan cercaan atau sindiran lecturer di dalam kelas tentang Islam, syariah, hadith dan juga nabi Muhammad, akan tetapi suasana di dalam tutorial itu cukup memedihkan. Saya hanya mampu berharap bahawa saya tidak ditakdirkan untuk mendengar semua bobrolan palsu dusta mereka itu.

Akhirnya tiba giliran saya, dan dari air muka pensyarah saya itu, saya bagaikan dapat melihat betapa ghairahnya dia mahu mendengar isi lakonan saya. Barisan dibahagi dua, pro dan anti Salman Rushdie. Saya duduk bersebelahan dengan rakan Syiah di belah kanan, dan Muslimah kacukan Aussie dan Mesir di belah kiri. Saya terpaksa duduk disitu kerana tiada tempat lain. Saya meminta izin dari Muslimah itu untuk duduk dan dia bagaikan terkejut kerana padanya kenapa perlu minta izin. Saya sebolehnya tidak memandang seliar mungkin, tapi saya tahu pandangan hati perlu diutamakan. Saya kemudian memulakan ucapan dengan Bismillahirahmanirrahim…dan…menyampaikan isi skrip saya.

Petikan dari skrip;

“But we have a problem when you insult others. You insulted my mother – I would be very angry. And you have insulted somebody that is more sacred to me than my mother and myself. And the claim that it is done in the name of freedom of speech is absolutely unacceptable to us Muslims, because we have seen limitations on the expression of speech within your country and within Europe and the Western world. You have limited the freedom of speech about the Holocaust, and you have limited the freedom of speech when it comes to anti-Semitism. And to us, the prophets – all prophets – and religions – all religions – are sacred more than the Holocaust.”

Saya tahu perkataan Holocaust dan anti-Semitism akan menjadi masalah kepada saya namun saya berkata pada diri saya sendiri, biarlah ia terjadi kerana kalau ia tidak jadi terakhir maka ia akan jadi pertama. Memang benar, sunyi bagaikan tergamam semua manusia di dalam kelas yg sememangnya menantikan buah mulut dari seorang Islamist. Nah maka rasakan. Situasi diakhiri tanpa saya disoal satu pun oleh pensyarah tersebut, mungkin merasakan ada benarnya tapi saya tahu jika dia ingin berdebat maka silakanlah, kerana saya sentiasa bersedia.

Dalam hati saya teringat khutbah Wida Rasulullah saw, dan ucapan Hasan al Banna. Ya Allah, saksikanlah bahawasanya aku sudah menyampaikan.

Pertembungan Islam dan bukan Islam, Timur dan Barat, konservatif dan modernisme sememangnya kompleks. Banyak Muslim terpengaruh dengannya. Maka timbullah idea penyesuaian dan asimilasi yang tidak kehabisan. Saya merasakan banyak tanggungjawab untuk menjelaskan hakikat ini tapi mungkin di lain waktu. Seorang teman saya, juga syabab idaman kelihatan suka bermain dengan isu2 begini. Saya setakat ini hanya berkata dalam hati, tidak guna menggapai langit sedangkan tanah sendiri pun belum dikenal.

Wallahu ‘alam.

 

 

Sudah banyak kali saya menghadapi masalah sebegini,iaitu tidak dapat tidur lena. Walaupun saya mengantuk dan letih, tapi kadang-kadang memang susah nak terlelap. Mungkin sebab persekitaran, tapi saya rasa lebih kepada keadaan diri saya sendiri. Kebelakangan ini saya terlalu tertekan sebenarnya, disebabkan satu subjek uni yang sangat saya benci. Inilah subjek terakhir saya akan tetapi banyak pula ujiannya. Moga Allah memaafkan saya di kala exam ini disebabkan kelalaian saya dalam mengingati-Nya.

Punca utama insomnia ini mungkin kerana pemikiran saya yang terlalu banyak berfikir. Sehingga tidak boleh tidur. Saya seringkali muhasabah, akan tetapi terlebih muhasabah sehingga lambat tidur. Hmm..perlu diubah segera kerana jelas kesannya terhadap prestasi mukmin saya.

Hmm..agak meleret tp ingin berkongsi sebab kenapa saya banyak terfikir skrg..

1) saya hampir habis pengajian dan akan pulang..jadi perlukan byk perancangan utk kemandirian di tanah air. sebenarnya saya mempunyai byk masalah berkenaan kewangan dan personal matters. Family dan sebagainya. Tp yg pastinya pertolongan Allah diperlukan.

2) saya agak risau ttg perkembangan dakwah. sudahkah saya menjalankan kewajipan saya kepada anak2 singa yang semakin ramai?…

3) bagaimana agaknya keadaan di Malaysia…mampukah saya mengharungi arus?..sudah pasti saya telah menyiapkan perancangan saya di Msia. insya Allah.

dan berbagai2 lg..dan mengaktifkan wordpress ni adalah rangka perancangan saya juga utk kemandirian di Msia insya Allah.