Julai 2007


malacca.jpg

Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

 

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

 

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

 

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

 

Di sini dahulu alat kebesaran
Adapt resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

 

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’ (lagi…)

trust-reflection.jpg

Proses tarbiyyah berkait rapat dengan thiqah. Thiqah ialah kepercayaan. Hasan al Banna menyebutkan tentang hal thiqah di dalam Arkanul Bai’ah ( Rukun Baiah ) sebagai seorang jundiyy menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin sehingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat. Imam as-syahid menekankan lagi dengan menekankan bagaimana rupanya seorang jundiiy yang thiqah itu. Setiap pemimpin adalah jundiyy kepada pemimpin yang lain. Dan setiap jundiyy adalah pemimpin kepada jundiyy yang lain pula. Maka, perlu difahami bahawa seorang hubungan pemimpin dan jundiy adalah laksana ayah kepada anaknya dalam hubungan hati, seorang guru kepada anak murid dalam saluran ilmu, seorang syeikh kepada anak buah dalam didikan rohani, seorang ketua kepada pengikut dalam dakwah.

 

Kurang kualiti jundiy menyebabkan lemahnya kepercayaan (thiqah ) yang diberikan kepadanya. Dalam lingkungan itulah, pengaruh dan keberkesanan seorang daie itu diukur. Graviti daie menunjukkan betapa kuatnya pengaruh seorang daie terhadap manusia yang dipimpinnya. Kepercayaan kepada pemimpin adalah asas kejayaan sebuah gerakan. (lagi…)

freakonomics.jpg

Pernah dengar nasyid dari usrah al-Wadi? Atau pernah dengar dari team nasyid Wadi el-Jadid?

Atau pernah dengar Mirwana dahulu dan sekarang?

Atau pernah dengar perbezaan Brothers dan Brotherz?

Tidak cukup dengan itu…A is for Allah dengan An Other Cup dari Yusuf Islam?

Mungkin boleh ditambah lagi dengan Lambaian Bukhara dan Pupus dari Firdaus?

Arghh..bagaimana pula dengan Zain Bhikha?….Our World dan Can’t Take It.

Pening pula dengan UNIC dan Hafiz Hamidon…

Adakah anda dapat memahami apa yang ingin saya katakan?

henry__s_world_by_gilad.jpg

Pernah tepukan itu membutakan mata hati…

Pentas itu bagai syurga yg didamba..

Pingat dan piala, sijil dan penghargaan…

Jadi mainan buat bonda,

 

Mata-mata melihat seolah memasung kukuh…

Anaknya mahu seperti itu..

Anaknya perlu persis seperti itu..

Itu dan hanya itu..tidak pernah ini dan begini…

 

Pada mayapada berdesakkan nafsu-nafsu…

Seiring memungkas tuaian dunia…

Dasawarsa dicorak ribuan benih kotor…

Benih suci pudar pada riak keikhlasan yang kian buram…ohhhhhh…

 

Jangan pernah kau kagumi aku..

Aku tidak bisa dikagumi..

Aku bukan luar biasa..

Aku bukan super…

 

Jangan kau pandangi aku dengan pandangan itu…

Rimas..aku rimas…tidakkah dunia itu ada hak untuk aku…

Bebas…bebas…!!…Siapa kalian!

Semua biar lari..biar pungguk dan camar itu disini…

leader

Pemimpin generasi muda. Semuanya ada ketokohan. Ada ciri dan kehebatan masing-masing. Semuanya berani. Semuanya berketrampilan. Semua itu dan ini.

Itu keadaan biasa bagi majlis makan malam sebuah business entity terkenal tanah air kita. Pelajar tajaannya bukan calang orang. Semuanya ditapis dan memang santan yang berkualiti tinggi.

Namun, dari banyak-banyak mereka, tidak sedikitpun seculit kekaguman terlintas di dalam hati. Mengapa? Entah, nyatanya tujuan mereka bertopeng salut. Mencari sesuatu yang kebanyakan ramai orang kejar. Semuanya ada agenda masing-masing. Populariti, pengaruh, ketrampilan dan semuanya. Dan saya hanya melihat.

Rakan 1 bertanya kepada saya. “I thought you will ask the question to the VP”. Rakan saya ini amat faham dengan sifat saya. Tapi “I don’t think i will be comfortable to ask in that environment”. Itu jawapan saya.

Rakan 2 pula merupakan sahabat rapat saya. Entah mengapa, akhir-akhir ini saya semakin sangsi. Rakan 2 merupakan antara makhluk asing yang terlalu asing bagi saya kebelakangan ini. Di malam itu juga terserlah segala agenda. Nyatanya sebelum ini hanya  telahan, tapi sekarang ia telah menjadi hujah burhan. Tidak mungkin sesuatu boleh dilindung. Bangkai itu busuk. Dan aroma baunya itu tidak mungkin terselindung.

Mereka mencari pemimpin. Tapi adakah kita sedar kita berlagak sebagai pemimpin atau memang kita pemimpin? Saya ditegur oleh seorang yang berlagak sebagai pemimpin dan tambah teruk lagi terlalu berlagak sebagai pemimpin. Mungkin tidak sedar dia tidak layak menjadi pemimpin tp masih mahu berlagak memimpin. Saya terima teguran kerana dia pemimpin. Tapi berhatilah memilih pemimpin.

Saya berjumpa kawan lama. Mereka sedar tahap kami dan mereka. Benua memisahkan. Tapi kefahaman membezakan. Mereka sedar kami bukan kami dahulu. Dan mereka segan. Dan mereka menjauhkan. Tapi kami mengejar.

Itu semua berlaku dalam sebuah makan malam. Dalam beberapa hari bersama. Dan hakikat tidak pernah ianya satu yang manis. Tiap2 kali berlaku saya akan sedih. Saya akan bimbang. Banyak wajah sekitar akan memakai topeng. Dan apabila ditanya akan menjawab, “ini medan syeikh”. Apa itu? Murahkan harga sebuah hidayah?

Tidak.

What does it mean to have a crying shoulder?

83487310_9d1157a055.jpg

Tika kuterkenang tangis Rasulullah saw untuk umatnya…

Apakah aku layak menangisi kegagalan atas kemalasan.

Sedang Rasul dimamah caci maki hingga kekaki darah mengucur tidak berhenti…

Malu…Hina seorang makhluk patik pacal…

Qudwah Rasul tapi manja..

Hanya secubit terinjak tergugah….

-memoir sebuah kegagalan-