September 2007


Benar kata golongan terdahulu. Di luar negara adalah masa optimum untuk tarbiyyah. Bukan kata di tempat lain tidak optimum, tapi di luar negara sangat pelik besarnya peluang untuk mentarbiyyah diri.

Sekarang saya di rumah. Berdepan dengan segala permasalahan. Dengan anak buah, dengan jiran, dan meneman ibu. Kalau dulu saya diberi rukhsah kerana saya belajar jauh sejak umur 13 tahun, tapi sekarang saya sedang bercuti tambahan pula bulan puasa memberi kesan kepada amal saya di sini. Umpama lumpuh. Disekat tidak berpagar.

Namun cubaan untuk keluar masih ada. Saya sempat ke Paka beberapa hari lalu untuk ziarah sahabat-saya. Engineer Petronas. Teman saya. Alangkah riangnya hati tidak terkata. Tambah terharu melihat semangat mereka di samping kesibukan. Amal dakwah berterusan malahan mereka lebih kreatif dan berdaya saing. Di kerteh bukan mudah melakukan dakwah. Tapi juga bukan susah.

chevrolet_kalos_back.jpg

Saya juga lihat sebagai engineer kehidupan cukup mewah. Berbanding dengan orang lain. Setakat ini saya baru berkunjung ke Lembah Kelang dan Terengganu. Maka tiada sebab untuk saya merasakan tersepit utk dakwah. Tujuan ziarah saya adalah untuk saya sendiri menimba pengalaman. Walaupun dalam kesempitan, namun saya tak menjadikan alasan utk aktivisme. Saya sudah fed-up sebenarnya dengan alasan tiada duit, kerana sebahagian dari kita bukan sebenarnya ‘tiada duit’ akan tetapi “tiada duit yg dirationkan utk dakwah”. Mungkin benar mungkin tidak. Jadi saya tidak mahu meninggalkan kenangan pahit dan masa yang berharga hanya kerana kononnya tiada duit.

Pada masa sekarang ini juga saya mempunyai terlalu banyak masa sebelum bekerja. Adakah saya menggunakan seluruh nikmat ini dengan benar dan manfaat? Entah ya entah tidak. Saban hari saya membaca buku dan bahan. Buat slides dan presentation. Tapi tiada amal lagi kerana bulan puasa. Rata-rata mahu amal selepas bulan puasa.

Begitu banyak manusia dan remaja di tempat saya. Sekolah dekat 4-5 buah sekolah. Pintu amal terbuka luas. Cuma samada saya mampu atau tidak. Berdepan segala kesulitan. Namun cukuplah semua alasan. Saya sudah bosan. Saya sudah banyak input. Tapi tiada output yg significant.

347735069_5c1ef3d8aa_o.jpg

SMS 1

Dah sampai..alhamdulillah.

Re:SMS 1 ( 2 days later)

Ok.

SMS 2

Dah sampai alhamdulillah.

Re:SMS 2 (pending)

SMS 3

What should i do?

Re:SMS 3 (pending)

Tika malam dahaga sinsingan fajar…

Hebah buana anak rantau pulang..

Disisipnya risalah perjuangan seberang…

Dunia tak dikejar…longlai ia berpijar…

SMS 4

Tak cukup duit.

Message sending failed. No recipient. Not enough credit.

SMS 5

Where are you?

Re: SMS 5

Busy2. Jumpe nanti.

SMS 6

Jom kita jumpa. Lama tak jumpe.

Re: SMS 6

Ada meeting ni. Lepas meeting ada meeting. Pastu ada meeting. Pastu ada meeting.

SMS 7

Enta kat mana?

Re:SMS 7

Jom kita bincang. Ana ambil enta.

SMS 8

Ana dah sampai. Nak jumpe enta ni..

Re:SMS 8

Do i know you?

SMS 9 to ALLAH

Ya Muqallibal Qulub. Tsabbit Qulubana Ala Deenika…

Re: SMS 9

Intansurullaha yansurkum wa yutsabbit aqdamakum…