Oktober 2007


Saya fikir saya perlu menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepada saya.

1) Mengapa blog ini tiada artikel ilmiah atau berfikrah?

Maafkan saya. Segala artikel, hasil terjemahan, karya, tidak saya publishkan disini. Jika anda berminat untuk membaca tulisan saya atau artikel lain sila pergi ke dakwah info ataupun bahantarbiyyah.info. Diblog ini saya hanya melampiaskan segala kata-kata hati dan luahan kerana saya tidak mempunyai seorang (belum lagi) untuk dkongsi perasaan. Hanya teman2 yang membaca sahaja yang dapat saya kongsi. Juga ini adalah tempat untuk teman2 saya mengetahui apa perkembangan hidup saya. Saya berasa rindu kepada teman2 lama saya yang telah pulang akan tetapi sukar untuk saya mengetahui berita mereka. Ada ke Bintulu, Miri dsb, dan hilang tanpa kabar berita. Jadi saya initiate blog ini agar teman2 saya mengetahui yang saya masih hidup. Apalah gunanya broadband 24Mbps jika tidak mampu berhubung? Jika ukhuwwah yang telah terjalin hilang bak pasir ditiup angin? Maka jika Allah memberi kesempatan masa maka saya berusaha memberitahu keadaan saya disini.

2) Mengapa begitu melankolik nada blog ini?

Entahlah, saya sebenarnya seorang yang cukup mudah tersentuh sebenarnya disebalik penampilan dan gaya saya yang agak tegas diluar. Maka mungkin itu faktor utama kenapa nada blog ini sangat melankolik.

3) Mengapa jarang update?

Saya bukan penulis sepenuh masa. Saya adalah pembina manusia disamping membina diri saya. Jadi jika berkesempatan maka saya akan menulis.

4) Apa dia sevmek la rouge?

Tak perlulah anda tahu. Saya akan jawab nanti.

Moga bermanfaat.

Terasa mahu menulis sesuatu hari ni. Entah kenapa saya berasa agak tenang beberapa hari ni. Alhamdulillah dengan rahmat Allah, tilawah tidak pernah tertinggal. Saya tidak tahu entah apa nikmat yang saya rasakan, tapi saya sememangnya tidak boleh atau susah untuk berhenti untuk membaca Quran. Dan saya tidak berasa puas kalau tidak membaca dengan suara yang terang dan jelas. Saya tidak mempunyai suara yang merdu, akan tetapi kepuasan hati saya kerana ingin mempersembahkan sesuatu kepada Allah, bahawa saya tidak meninggalkan kalamNya, dan juga janji saya untuk menegakkan apa yang ada didalamnya.

Ada beberapa kisah tentang Quran ini dirumah saya. Ibu saya semakin rajin membaca al-Quran selepas solat. Alhamdulillah. Saya tidak pernah menyuruhnya membaca. Setiap kali saya membaca al-Quran, ibu akan berkata,”alahai lamanya x baca quran” kepada dirinya sendiri. Ibu saya bukanlah orang yang lalai, dia adalah ibu yang taat beribadah. Semoga dia mendapat keazaman meningkatkan amalannya. Kakak saya juga ada cerita tersendiri. Dia sangat menjaga solatnya. Alkisahnya beberapa hari yang lalu saya terlambat bangun subuh. Kebiasaannya saya akan pergi ke masjid dan selepas balik ke rumah saya akan membaca Quran. Saya tidak pernah mengejutkan orang dirumah (semuanya perempuan: ibu, kakak 2 org, adik). Akan tetapi jika mereka mendengar saya membaca Quran, mereka akan terbangun dan bersembahyang subuh. Namun hari itu saya terlambat bangun dan kakak saya yang mengejutkan saya. Saya kemudiannya mendengar ibu bertanya kepada dia.” Macamane boleh tau wie x bgn lg?” Kakak saya menjawab.” Selalunya tiap2 pagi mesti dia baca Quran, pagi tadi tak dengar, mesti tak terbangun lagi.” Perkataan ini sangat berkesan dalam hati saya. Membuatkan saya semakin bersemangat. Istiqamah selama beberapa bulan sebenarnya berhasil. Dan saya akan terus istiqamah dengannya.

Bukan senang untuk kita mengubah keluarga. Marah dan berleter bukan caranya. Berceramah juga bukan caranya. Ada kalangan kita yang cuba bentang ISK kepada ibubapanya. Alhamdulillah dengan semangatnya. Tapi bagi saya ia juga tak kena gayanya. Keluarga kita sangat mengenali kita, lemah kita, buruk kita. Kalau setakat ibu bapa, perubahan sedikit pun dapat dikesan. Nasihat saya, berlemah lembutlah dan masa kita bersama mereka lama. Pastikan kesabaran dalam proses mengubah.

Juga usaha kita utk adik2 kita. Kasar sama sekali tidak berkesan. Saya seringkali membuat kesalahan ini kepada adik bongsu saya. Saya memarahinya itu ini, memaksa dan sebagainya. Akan tetapi saya merasakan ia tidak berhasil langsung. Hinggalah suatu hari, saya berkata kepadanya.” Adik, kalau dah masuk maghrib pergilah mandi, tutuplah tv tu, kartun sampai bila tak habis.” Dengan nada lembut. Akhirnya dia akur. Selepas itu, sebaik sahaja saya balik dari masjid, dia sudah lengkap bersolat dan membaca al-Quran. Dan saya tak perlu memarahinya lagi.

Abang saya juga ada hal yg lain. Dia tua 6 tahun dari saya. Dari dahulu, dia memang memandang rendah saya apatah lagi mahu menerima nasihat saya. Akhir-akhir ini, dia sering bertanya kepada saya banyak hal. Isu syiah, isu iran, isu palestin dan berbagai lagi. Dan akibatnya terpaksalah saya berceramah kepadanya. Dia mengagumi keluasan ilmu dan bagaimana saya memandang sesuatu isu. Akhirnya dia mencadangkan kepada saya untuk membuat suatu website untuk meletakkan segala ilmu-ilmu saya. Saya hanya tersenyum. Alhamdulillah, sekarang dia telah mula menerima perubahan saya dan cuba untuk mengikutinya. Sebenarnya perangai dan sifat saya banyak mencerminkan arwah ayah saya. Ayah saya seorang yang disegani kerana kealiman dan ilmunya. Walaupun saya tidak sama dari segi wajah, namun dr segi yg lain saya saling tidak tumpah dengan arwah ayah saya. Mungkin kerana rindu dengan arwah ayah, keluarga saya dapat menerima dengan baik perubahan yang saya cuba lakukan.

Segala perkongsian ini mungkin terlalu peribadi, tapi saya bertujuan untuk memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang merasakan ia bermanfaat. Moga Allah mengampuni dosa kita dan dosa keluarga kita. Amin.

ramadan1_2.jpg

Sungguh mewah Malaysia dengan makanan. Terlalu banyak bazaar (read: bazir) Ramadhan di mana- mana. Di tempat saya dalam 4km dr bandar, hampir 2-3 pasar Ramadhan dibuka. Apa yang dijual. Masih mcm biasa. Ayam golek, murtabak dsb. Juadah yang sama sahaja tiap2 tahun. Sehinggakan saya merasa pelik, kuat betul selera kaum saya sebenarnya. Meneman keluarga mmg satu ujian yg berat buat saya. Apatah lagi ibu tercinta. Kalau hendak diikutkan fitrah, saya memang tidak suka pasar malam dan yg sejenis dengannya. Bagi saya, ia adalah lubuk pengurang pahala saya. Saya tidak rasa saya selesa kerana ia tidak sedikit pun menambah iman dan ilmu saya. Apa yg saya dapat adalah asap, bau, dan juga wanita dan lelaki berpakaian tidak senonoh. Tambah pula dgn peminta sedekah yang ramai. Yg buta, kanak2 kecil yang tidak sempurna pancaindera. Menyebabkan rasa bersalah kerana tidak menderma. Sejak dari kecil saya seorang yg langsung tidak boleh melihat satu pandangan yg simpati sebegitu. Sejak saya kenal erti dunia dan kehidupan (bersekolah), mata saya akan sentiasa berair jika melihat peminta sedekah. Apatah lagi dengan diri sendiri yang tidak tahu bagaimana hendak membantu. Adakah dengan 10sen itu dapat membantu mereka? Saya rasa tidak. Tp ia cukup utk membantu saya sendiri sebenarnya yg cuba mencari alasan utk tanggungjawab. Segalanya tidak selesa bg saya.

Beberapa kali saya pergi ke pasar Ramadhan, saya seringkali terserempak dengan seorang remaja lelaki. Agaknya dia student UiTM Jengka. Saya kira 4 kali saya terserempak dengannya. Dari gayanya, nampaknya dia dari kelantan. Seperti biasa, budak kelantan akan bersama cliquenya. Pertama kali saya berjumpa ketika dalam bas, dari KL-Bdr Jengka. Dia duduk dihadapan saya bersama dengan sahabat wanitanya (husnu zhan). Dan akhirnya pengalaman saya didalam bas menjadi suatu yang tidak manis utk dikenang dengan adegan kasih sayang yg membuatkan saya bergetar kemarahan. Tidak perlulah saya describe apa yang dilakukan akan tetapi saya menyesal sendiri kerana saya sendiri berasa malu utk mereka ttp mereka tidak merasa malu utk mereka sendiri. Mungkin saya bukan di negara Islam tp di perkmpungan orang Asli. Saya sedih dgn mereka dan diri saya, kerana tidak dapat menyelamatkan mereka. Bkn itu shj, di tempat duduk sebelah lain juga sama. Tampaknya mereka berfikrah sama. Fikrah kawan-kawan lelaki-wanita (read:couple). Tp disana lagi sedih kerana gadisnya bertudung. Tp tidak kalah mesranya. Saya lihat di belah kiri saya saya sepasang orang tua, pakciknya bersongkok dan makciknya bertudung labuh, layak gayanya orang kampung. Dari matanya dapat saya baca betapa sedihnya dia melihat generasi sekarang. Sesekali kami terpandang satu sama lain, dan dia tersenyum sambil merenung al-Quran ditangan saya. Dia berkata Quran itu terlalu kecil utk dibaca. Saya menjawab saya masih muda dan mata saya elok lagi utk melihat tulisan sekecil itu. Dia tersenyum. Saya harap saya menjadi penawar dan harapan pada dia setelah pengalaman melihat generasi muda tadi. Saya sangat berharap dia berdoa dengan ikhlas spy saya akan menjadi generasi bangsa ini. Bukan seperti yg didepan. Moga Allah memakbulkan jika doanya demikian.

Pemuda berkenaan saya jumpa di pasar Ramadan sbyk 3 kali. Dan dia juga cam akan saya kerana ketinggian saya yang distinctive. Bandar itu cukup besar dan berjumpa seseorang yg tidak dikenal beberapa kali merupakan satu yg agak pelik. Saya merasakan ada sesuatu yang pastinya berlaku dan ada hikmah disebalik segala takdir Allah. Saya berharap akan dapat berjumpa dengan pemuda itu dan menasihatkan, membimbingnya dari kegelapan kepada cahaya Islam. Moga Allah tdak meninggalkan pengalaman itu tinggal kenangan. Insya Allah.