Posted by: ameersyuhada | November 9, 2007

Membaca Amalan Mulia

Saya hairan dengan segelintir manusia yang begitu malas membaca. Akal fikiran waras saya tidak mampu mencerna sebab kerana saya langsung tidak dapat mencari alasan mengapa kita tidak membaca dalam satu hari. Maafkan saya, membaca yang saya maksudkan adalah bacaan ilmiah iaitu dari buku-buku, kajian-kajian, juga artikel menarik. Bukan sekadar membaca berita atau journal teman-teman.

Membaca sama sahaja dengan perkara lain. Jika kurang maka kita rugi dan jika berlebihan ia tetap membazir. Ada di antara kita yang suka membaca berita, dari BBC, CNN, hinggalah ke al-Jazeera dan Haaretz jua berita dalam bahasa Korea! Hinggakan meluangkan masa berharga berjam2 di depan komputer hanya sekadar membaca berita-berita. Pesan saya, bacalah mana yg bermanfaat sahaja. Entahlah, kalau utusan online pun saya hanya akan membaca section dalam negeri dan luar negara sahaja. Sesekali membuka section Agama (agama pun boleh jd section) dan ekonomi.

Apakah dia bahan yang bermanfaat untuk dibaca? Bagi saya novel english walau apapun temanya tidak berguna langsung untuk dibaca. Walaupun ada yang mengatakan ianya untuk peningkatan penguasaan english namun tetap ia tidak berguna. Kalau adapun mungkin sedikit. Arak juga ada baik dan buruk dan buruknya lebih. Saya tidak mengatakan novel ini haram kerana hukumnya adalah mubah, tapi sebagai cerdik pandai kita tahu memilih untuk mencapai sesuatu tujuan. Adapun untuk meningkatkan penguasaan bahasa contohnya english, terlalu banyak karya Islamic di dalam bahasa Inggeris. Cumanya anda perlu berhati-hati memilihnya. Saya tidak mahu secara tiba-tiba Irshad Manji, Salman Rushdie, Ayaan Hirsi Ali menjadi pilihan anda. Akan tetapi banyak sekali bahan bacaan lain yang boleh dibaca. Bahasanya juga tinggi dan menarik. Bagi mereka di luar negara sudah tentu peluangnya lebih tinggi. (melbourne kat ibc banyak juga).

Membaca memberi ilmu. Ilmu adalah bekalan untuk amal. Apabila amal kita lesu dan tidak bermaya, maka tandanya tiada bekalan. Yang saya maksudkan dengan ilmu bukanlah semata-mata ilmu, akan tetapi bacaan kita itu memberi semangat dan bertambahnya kefahaman kita tentang Islam. Dan doalah dengan doa ini.”Rabbi zidni ilma”. Bukan untuk ilmu yang tidak bermanfaat. Akan tetapi ilmu yang menjadi bahan bakar dan dalil perjuangan.

Saya juga hairan berbaur sedih kerana saya pernah memberi sebuah buku kepada teman saya untuk dibaca. Saya memerhatikannya sangat kurang membaca. Hasilnya amalnya pun kurang dan lesu. Pemahamannya tidak meningkat dan berkembang. Saban hari ke sana kemari entah berbuat apa. Saya memberi sebuah buku yang nipis, bisa dibaca semalaman sahaja. Ataupun 2-3 jam bagi mereka yang pandai “skimming”. Namun setelah seminggu, buku berkenaan belumpun diusik. Hingga mencecah sebulan. Ada usaha membaca beberapa helai, namun jika sekadar menjadikan sebagai bedtime stories maka tiada gunanya. Dan saya agak buku berkenaan mesti telah hilang dari simpanannya.

Tidak sedikit antara kita yang menjadikan bahan bacaan sebagai bedtime stories. Hasilnya apa-apapun tidak difahami. Belum lagi untuk dihabiskan bahan ilmiah dalam bentuk ebook. Yang orang lain telah sediakan untuk kita. Dan kita hanya perlu membaca.Tidak perlu mencari buku. Segalanya tersedia. Berapa ramai yang telah membaca semua ebook/pdf yang ada dalam koleksi bahan tarbiyyah info? Kalau belum habiskan dahulu. 

Ada satu buku yang menarik. Saya tidak sangka saya berjumpa dengan buku ini sebenarnya. Buku tersebut adalah buku Diari Sultan Abdul Hamid 11 ketika dalam buangan. Saya tidak tahu buku tersebut sudah lama ada terjemahannya. Buku tersebut ada di dalam perpustakaan universiti tempat saya belajar. Dlm bahasa arab. Saya menyedari buku tersebut melalui seorang “pak guard” berbangsa Mesir bernama Mamdouh. Wajahnya mmg sgt “Mesir” (sekali pandang iras Jamal Abdul Nasir) :). Dia meminta saya meminjamkan buku itu untuknya. Tidak pernah saya jumpa “pak guard” yang berilmu sepertinya. Rupanya dia bekas engineer di Saudi dan berhijrah ke Nz dan sekarang di Melb. Anaknya sedang belajar bahasa Indonesia. Sesekali dia meminta utk meminjam software dan berbagai cd lg utk anaknya. Mmg ayah yang bagus.

Kembali kepada buku tersebut. Saya teringin sekali membaca buku itu setelah membaca biographi Sultan Abdul Hamid. Alangkah rindunya kita pada Sultan yang adil dan berjiwa mujahid sepertinya. Sedangkan MT Uthmaniyah ketika itu sedang dirasuk oleh Yahudi. Beliau juga digelar Sultan Merah Yang Kejam, angkara Yahudi yang bersekongkol dengan Pasha-Pasha. Ditambah dengan pemberontakan dalaman dan cubaan coup d’etat halus dari Midhat Pasha. Memang, hanya Allah yang tahu betapa beratnya ujian yang beliau lalui.

Pernahkah kita terdengar isu sekarang, dimana Amerika menuduh Turki bertanggungjawab di atas massacre rakyat Armenia? Itu terjadi puluhan tahun dahulu di zaman Sultan Abd Hamid 11. Perancangan licik Midhat Pasha dan beberapa orang lainnya ingin menjejaskan reputasi Khalifah. Anehnya hal ini tidak pernah dibangkitkan hampir seratus tahun! ( Beliau dilucut jawatan Khalifah pada tahun 1908). Akan tetapi apabila Parti AKP yang berunsurkan Islam (disenaraikan sebagai islamist turki) memegang kuasa, maka Barat dan Amerika ingin kembali menuduh mereka atas jenayah yang dirancangkan untuk mengguling khalifah dahulu kepada pemerintah sekarang! Alangkah kejinya!!

Begitulah, mereka selamanya tidak redha dan akan menghapuskan cahaya Allah dimana jua. Perancangan licik musuh Islam perlu difahami dan dapat difahami dengan pengetahuan yang mendalam dan pemikiran yang luas. Sekarang isu Iran dan Iraq. Juga Sunni dan Syiah. Saya hairan mengapa ramai yang terpengaruh dengan Iran dan Hizbullah. Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan sekarang adalah masa bersatu. Itu semua maklum. Akan tetapi ada dikalangan kita yang terlebih emotional menyokong Syiah sedangkan tidak mengetahui apa itu Syiah sebenarnya. Lebih2 lagi diluar negara. Isu Syiah dan Iran bukan hanya kerana kita ada rakan atau teman Syiah yang kita kenal. Kerana kita kenal 2-3 orang teman Syiah, maka kita katakan mereka baik dan sebagainya. Akan tetapi apa yang ulama’ katakan tentang perbezaan Ahlu Sunnah dan juga Syiah? Perbezaan adalah ibarat hitam dan putih. Kita sama sekali tidak menerima aqidah mereka. (saya maksudkan dengan Jaafari Itsna Asyariyyah, Ismaili, adapun Zaidiyah lebih dekat denga ahlu Sunnah).

Apakah kita mengatakan kita perlu berbaik dan bersangka baik dengan America hanya kerana kita kenal seorang dua rakyatnya yang baik dengan kita? Atau mungkin orang Yahudi dari Israel? Isunya bukan individu, tapi sebuah negara dan kuasa.  

Perkara yang berlegar di internet perlu ditapis. Tidak boleh sembrono ditelan bulat-bulat. Saya mengetahui ada penulis terkenal tanah air yang juga membawa agenda ini. Maka kita perlu ada asas yang kuat. Salimul Aqidah. Aqidah perlu lurus dan betul. Jangan kita digoyahkan oleh banyak isu2. Bertanyalah kepada yang arif, alim dan dipercayai di sekeliling kita. Jangan biarkan mereka yang kita tidak pernah berjumpa pun, membawa agenda perosak kefahaman. Sekarang juga ada individu (sangat terkenal, penceramah bebas) yang suka bermain isu2 kefahaman. Menulis untuk mengelirukan manusia. Akan tetapi tulisannya digemar mereka yang “islamic tapi duduk sahaja mengkritik manusia”. Orang begini tak perlu dilayan sangat.

Hasbunallahu wa nikmal wakil. 


Respon

  1. Sebenarnya saya terlalu rindukan tulisan Muadz Al Jabal, Blue Seca dan anta.
    (Hmnn di dakwah.info banyak juga tulisan kalian kan :) )

    Keep it up bro.

    Teruskan menulis.

  2. terima kasih kerana berziarah…aljabal sedang mengumpul semangat baru…blueseca sudah ada wordpress nya. Silakanlah bertandang.

    Koleksi tulisan ada di dakwah info. Jika mahu yg terbaru silakan ke http://www.bahantarbiyyah.info. Lebih segar dengan penulis-penulis muda insya Allah.

    Sumbangkanlah karyamu wahai the Dhuat..liriknya sungguh puitis…apatah lagi jika cerpen dan artikel (semestinya!)

    p/s : tgh layan lagu evergreen “for the sake of Allah”

  3. jazakallahukhairan utk nasihat ni..
    ana appreciate sgt..
    nasib baik tersdar..

    [dh pinjam buku skarang ;) ]

  4. la ba’sa…ana menasihatkan diri sendiri sebelum orang lain. jadi sama-samalah kita amek manfaat.

    [bacalah rajin2]

  5. Mcm ada org sebut blueseca? ;) ahlan wa sahlan!

    Saya pun sedang membaca buku Sultan Abd Hamid II dan kejatuhan khilafah…dalam tu ada section yang menceritakan biografi sultan abd hamid…anda mmg tepat…saya cukup tertarik membaca mudzakirat baginda…prinsip2 baginda yg cukup tegas, dan rupanya cabaran-cabaran yang dihadapi pemimpin islam masakini, ada antaranya sudah pun ditempuhi oleh baginda 100 tahun yang lalu!

    Harapnya saya boleh kongsikan nanti insyaAllah

  6. bagus! teruskan usha dgn nukilan2 menarik,sy mengharapkan tunjuk ajar dlm penyampaian tarbiyyah jemaah dlm dunia blog ni…

  7. tunjuk ajar ku-http://syafiqthink.blogspot.com

  8. insya Allah. sama2 berusaha.

  9. 4 tahun mungkin
    ameersyuhada, seka biru,muadz jabal
    makan garam dan gula
    garam pengalaman dan gula pengetahuan
    sama seperti kita
    di mana bezanya?

    mereka makan buku (ie membaca)

    dan kita?

    marilah kita

  10. I absolutely love your site.. Pleasant colors & theme.

    Did you build this site yourself? Please reply back as I’m wanting to create my very own site and want to know where you got this from or exactly what the theme is called. Cheers!

  11. You actually make it seem so easy together with your presentation
    however I in finding this matter to be really one thing that I believe I’d never understand. It kind of feels too complicated and very large for me. I’m taking a look forward in your
    next post, I’ll try to get the cling of it!

  12. I pay a quick visit daily some web pages and sites to read
    articles, but this blog gives quality based writing.

  13. I’m not sure why but this weblog is loading extremely slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I’ll check back later
    and see if the problem still exists.

  14. Wow that was strange. I just wrote an really long comment but after I
    clicked submit my comment didn’t appear. Grrrr… well I’m
    not writing all that over again. Regardless, just
    wanted to say great blog!

  15. The correct thing to do at this time due to the fact that only 46 percent of children receiving electrical burns to the mouth. Turn on the appliance. By understanding the behaviour of heat and open flames around a fire pit.

  16. With havin so much written content do you ever run into any problems of plagorism
    or copyright violation? My blog has a lot of completely
    unique content I’ve either written myself or outsourced but it seems a lot of it is popping it up all over the internet without my agreement. Do you know any methods to help prevent content from being stolen? I’d really appreciate it.

  17. I know this if off topic but I’m looking into starting my own weblog and was wondering what all is required to get setup? I’m assuming having a blog like yours would cost a pretty penny? I’m not very internet savvy so I’m not 100% positive. Any tips or advice would be greatly appreciated. Appreciate it

  18. Amazing! This blog looks exactly like my old one! It’s on a totally different topic but it has pretty much the same page layout and design. Wonderful choice of colors!


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: