Assalamualaikum wrt wbt.
Kembali kita menyambung ringkasan tafsir suratul al-Anbiya’. Surah yang hidup, menceritakan praktikaliti pembawaan dakwah kepada manusia. Surah yang mengumpulkan kisah-kisah manusia hebat, manusia pilihan dan manusia role model untuk sekalian manusia. Terkumpulnya peribadi-peribadi hebat ini dan kisah mereka dalam surah ini, tidaklah hanya untuk dilagukan ataupun dihafal sahaja, meskipun itu banyak juga manfaatnya. Persoalan utama adalah memahami dengan keazaman untuk mencontohi dan istiqamah atas jalanNya.
Asas dalam menyeru manusia (Dakwah Ilallah)
1) ‘Ala tattaqun. “Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (Memicu keupayaan berfikir)
Penting untuk kita mencipta sesuatu suasana agar manusia dan mereka yang ingin kita seru untuk berfikir. Tentang siapa mereka, apakah matlamat mereka, dan kemana mereka hendak pergi. (Who am 1?, Where am I going?, Why I am here?)
Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata,”Aku tidak merisaukan keadaan seseorang jika dia berfikir, kerana dia akan menghampiri kebaikan. Akan tetapi aku risau pada mereka yang tidak berfikir, kerana mereka menghampiri kesesatan.”
Jadi biarpun mereka itu muslim atau kafir, jika seseorang itu tidak selalu berfikir tentang dirinya, ke mana usahanya dihabiskan, tentang baik buruk amalannya, maka ia akan terjerumus dalam kekafiran, kejahilan dan juga kejumudan.
2) Inni lakum rasulun amin. ”Sesungguhnya aku adalah utusan yg terpercaya yg diutus kpdmu” (Memperkenalkan diri)
Juga teramat penting dalam strategi dakwah, untuk memperkenalkan diri kita. Siapakah kita, dan kemana kita menyeru manusia perlu ditonjolkan, difahamkan kepada manusia. Umpama sebuah business yang memperkenalkan product kepada pelanggannya. Jadi kita perlu menzahirkan diri kepada sebagai pembawa panji-panji Islam. Kita perlu mempunyai reputasi baik di kalangan manusia. Seumpama nabi Yusuf a.s dalam surah Yusuf disebutkan, apabila rakannya (ya sohibayi sijni –wahai sahabat sepenjaraku) berkata kepada Yusuf;
“Inna naraka minal muhsinin” Sesungguhnya kami melihat engkau adalah orang yang berbuat kebaikan.” (12:36)
Maka adalah tidak tepat, dalam kita seharunsya menjadi pemimpin masyrakat, menjadi individu yang senyap sunyi dalam masyarakat. Menjadi insan soleh yang malu, tersipu-sipu tidak tentu pasal bila berhadapan dengan manusia. Adalah menjadi petanda keimanan, apabila bertemu dengan kesusahan dan cabaran, lantas seseorang teguh mengatakan bahawasanya, akulah rijal pembawa panji Islam, dengan prinsipku yang teguh dan mantap, dan aku hanya mengajak ke arah kebaikan.
To be continued….

