Mei 2008


They call it shutdown or turnaround, probably a nightmare for many engineers and operators. It is also a “money valley” for many contractors. I went straight from KL, came down here for this nightmare. Unexpected, i could scribe a few words here.

I am always like this, being a not-so multitasking guy, but i am trying to be one. There are a lot of things that i need to prepare, and also so many things need my contributions.

Well then, it falls exactly on my head, that, all these responsibilities, are the tests for me.

I was thinking earlier that, there were so many incomplete, unfinished, imperfections in the systems, and began to be critical and unrealistic. Bombarding people with complaints and criticism.

After 6 months, with all my abilities and so-called talents, the responsibilities have surpassed my times and my charisma.

And that is the time when i fully agree with taking inside the weakness of men, and the limitations of ability of many.

And this is the time when, all the water splashes back to my face.

And in the midst of busyness, i found tranquility.

And in the several months of searching for reality, people judge me as hati kering. I dont really mind, but the fact is that i am not one, became evident to me to show i am a basah guy.

I am truly gentle-hearted person, there are many things that can simply invite my tears to flow, but the life has turned the external side of me to be tough and never give-up person.

Hardships from childhood made me like this. And i thanks Allah for that.

Oh Allah, Verily I love You, and with all my heart i seek Your love.

Saya dengan rendah hati, menyusun sepuluh jari pengharapan dan pengampunan, kepada yang pernah bertanya dan hanya sekarang saya menjawabnya dengan jelas nyata, walaupun sebelum ini hanya senyum yang mampu saya berikan untuk soalan, bilakah mahu walimah?

Jadi dengan ini, saya ingin menjemput saudara-saudara, ikhwah dan akhawat ke majlis walimah kami seperti yang tertera di bawah;

Mohd Zul Alwi Mat Adam dengan Mastura binti Mohd

di rumah pengantin perempuan pada 22 June 2008 di no 61, Jln Kajang Jaya 1, Taman Kajang Jaya, Jalan Bukit, Kajang, Selangor.

dan juga di rumah pengantin lelaki pada 28 June 2008 di C-153 Felda Melati Jengka Sebelas, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

Anda semua adalah diundang. Semoga dengan doa dan kehadiran sahabat semua memberkahi perkahwinan yang serba sederhana ini.

Akhukum,

al akh Ameersyuhada

ASSALAMUALAIKUM wrt wbt…

Di pagi hari Isnin yang bersinar indah ini insya Allah kita mengingati nikmat Iman dan Islam di bawah lembayung kefahaman ubudiyyah dan amal yang berwibawa. Semoga Allah menerima amal dan niat kita yang ikhlas, samaada yang lalu, sekarang, dan pada masa akan datang.

Kembali menyambung kisah dari surah al- anbiya’. Kisah seruan para Rasul kepada kaum mereka. Ayat mereka tersusun indah dengan pelbagai hikmah yang dalam untuk digali, dicerna oleh akal yang sihat, bukan akal yang lemah tidak bermaya.

Kisah Rasul2 dimulakan dengan kesan dakwah mereka, selepas berhempas pulas; Ini adalah akibat/kesan dakwah reality terhadap manusia yang ingkar dan jahiliah yang pekat.

Kazzabat qaumu Nuh mursalin ( Kaum Nuh telah mendustakan para Rasul) ayat 105. “ Inilah kesan dari dakwah yang berterusan oleh Nabi Nuh, setelah berhempas pulas selama ribuan tahun, akan tetapi didustakan sehendaknya.”

Kita teruskan asas dalam menyeru manusia ke jalan Allah. 1) Memicu keupayaan berfikir 2) Pendakwah mengenalkan dirinya

Dan seterusnya ciri yang ketiga,

3) Fattaqullaha wa ‘ati’un (maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku)

(Menerangkan objective dan jalan mencapainya) – Setelah manusia berjaya berfikir dan rasionalnya menguasai pertimbangan dirinya, kemudian pendakwah memperkenalkan setulus hati bahawa ia adalah rakan yang membawa mesej kebenaran. Setelah itu pendakwah itu perlu untuk menjelaskan apakah objektif/tujuan dia menyeru manusia tersebut. Sudah tentulah seruannya adalah untuk memastikan manusia menjadi hamba kepada Allah semata, bukan hamba kepada berhala-berhala, bukan hamba kepada harta dan dunia dan wanita, juga bukan hamba kepada mereka yang mengaku sebagai perantara di antara Tuhan dan manusia.

Maka tujuan dakwah memastikan manusia bertaqwa kepada Allah. Taqwa yang suci, takut dan pengharapan kepada Allah. Khauf wa raja’ (takut dan harap) adalah essence dalam hakikat tauhid keimanan kepada Allah swt. Tujuan ini juga selaras dengan KPI yang dijelaskan Allah swt dalam firmannya;

Inna akramakum ‘indallahi at’qakum (Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang (lebih) takwanya.)

Maka KPI inilah yang perlu dikejar oleh manusia, menjadi manusia yang ulung di atas muka bumi semasa kehidupannya yang sebentar. Adakah PPA 1, yang bakal mewarisi Jannatul Firdaus bersama para Nabi, Rasul, Syuhada dan para solihin? Atau 2, atau 3 dan 4?

Maka setiap manusia mengetahui matlamat untuk dicapai. Menjadi hamba Allah.

Maka mereka terus bertanya, bagaimanakah untuk mencapai matlamat tersebut? Hati kami sudah bersemangat mendengar dakwahmu.

Jalannya hanya satu, iaitu hidayah Allah swt. Taatlah pada para Rasul penunjuk jalan. Dia yang merupakan utusan Tuhan, yang memahami mesej dan tatacaranya. Maka ikutlah pesuruh itu. Dialah manusia yang terpercaya membimbing manusia tanpa ada keraguan lagi.

4) Wa ma as’alukum alaihi min ajrin. In ajri’a ala rabbil alamin; (Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.)

Keikhlasan berdakwah para pendakwah. Bukan sahaja tanggungjawabnya itu berat, malah para pendakwah menghadapi pelbagai mehnah dan ujian. Maka dalam aktiviti menyeru manusia, perlu dijelaskan kepada manusia betapa ikhlas dan tulusnya kita mengajak mereka kea rah kebaikan. Sesungguhnya kita tidak pernah meminta sesen pun dari gaji mereka, ataupun duit biasiswa mereka, ataupun menempel muka untuk menumpang kereta atau alat-alat mereka, akan tetapi kita menyeru dan mengeluarkan duit dari titik peluh kita sendiri. Maka inilah buah amal yang ikhlas.

Janganlah kita terperangkap dalam arus suasana yang menekan, yang menjustify untuk mempertaruhkan keikhlasan kita. Ini adalah amat fatal, kerana ikhlas adalah penyebab amalan itu berjaya dan diterima.

Bersambung lagi………………….