Biar Kuseru Camar…
Syukur dalam cahaya..biar ia tidak silau,
Kejut aku dalam cahaya..kerana ia bisa menutup jagaku..
Gelap itu rona…rintisnya selalu dalam minda..
Namanya persis zulumat..menanti masa menyamar azimat..
Apakah kerana manusia bukan camar..maka berat untuk kuseru?
Apakah kerana manusia bukan camar..maka lidahku selalu kaku?
Gentar bermain biar dibenak berani bukan main..
Suluh jalan ke hadapan tapi masih berinjak melangkah batas..
Kakak tua bermain dipohonan dan aku dijalanan..
Ia merapu dusta dan aku menyeru dosa…
Apakah kerana manusia kuanggap camar..maka dusta aku selitkan?
Apakah kerana manusia kuanggap camar..maka munafik aku tonjolkan?
Teriak jiwa kosong dengan roh..kumandang ringan ke telinga jahilin..
Kumandangkanlah biar seminggu takbir…tak terkesan pada lakaran hati muttaqin..
Janalah kuasa mana sehebat askar di medan perang..pasti mati terbungkas dek kecilnya para pemimpin…
Lolong itu pasti kedengaran ke pelusuk mana bumi..asalkan pernah dicium angin…
Tapi manusia itu bukan camar..tetap sahaja ia manusia…
Kerana jika aku camar..akan kuseru camar..
Tapi aku manusia..aku akan menyeru jiwa-jiwa…


Ogos 2, 2007 at 4:35 am
Salam ziarah.Salam dakwah
Ogos 2, 2007 at 4:39 am
Salam..lame x dgr kabar amad..
Ogos 4, 2007 at 6:13 am
Kirimkan salam rinduku kepada ‘Muadz’ Al Jabal dan ‘Jeeper Blue’ Seca.
Februari 11, 2008 at 10:09 am
Karya terbaru ‘Abang Ahmad’.
Februari 28, 2009 at 5:26 pm
I love your site!
_____________________
Experiencing a slow PC recently? Fix it now!