Posted by: ameersyuhada | Mei 31, 2007

Sevmek La Rouge…

Bismillahirrahmanirrahim…

Sudah agak lama saya tinggalkan bidang tulis menulis di internet namun nampak seperti lumrah setiap kali exam mendatang maka tangan pasti gatal menekan keyboard. Entah kenapa otak seakan mahu muntah dengan buah fikiran yang pastinya kalau tidak dikeluarkan akan menjadi kanser otak…

Saya (ana) cuba untuk menjalani krisis yang berlaku beberapa ketika lalu, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sebenarnya. Akan tetapi ia lebih kepada persoalan dakwah dan waqi’ yang pada pandangan saya amatlah sesuai dan normal berlaku di mana-mana saja.

Perbincangan yang cuba di bawa adalah krisis pendakwah muda. Saya agak tertarik dengan artikel Cinta oh Cinta bukan kerana tema asalnya, tapi pada istilah pendakwah muda yang digunakan. Oh pendakwah muda, sungguh banyak isunya.

Saya sangat terkesan dengan peristiwa yang banyak berlaku atas semangat pendakwah muda. Satu penilaian yang amat suka saya garapkan disini adalah satu buku oleh Umar al-Tilmisani. Entah kenapa ungkapan tajuk buku ini sangatlah menarik hati saya, dan tidak perlu untuk saya membaca semua isinya (tidak pernah baca sebenarnya). Ungkapan itu ialah Hikmatus syuyukh wa hamasyatu syabab…(kebijaksanaan orang tua dan semangat pemuda)..

Bagi saya, ungkapan ini telah banyak menyelesaikan masalah2 yang berlaku dikalangan pendakwah muda. Saya ingin membawa penilaian pada suatu kisah tipikal, sebenarnya berlaku ditempat saya belajar.

Kebanyakan pendakwah muda ini pelajar luar negara. Jadi dapat disimpulkanlah semuanya bijak2 belaka. Tapi sebab bijak inilah yang payah dan banyak kemahiran kena ada. Saya teringat kisah seorang kawan disini yang pemikirannya agak terkedepan dengan sahabat seusianya. Ikhwah ini cukup pandai, fikrah mantap dan mempunyai ciri-ciri syabab idaman. Oleh kerana bacaannya terlalu meluas dan menerawang jauh, maka jadilah macam2 perkara yang sebenarnya mengganggu gugat perjalanan dakwah sendiri. Dari seorang syabab idaman, berubah menjadi syabab pengomen dan tidak sabar. Segala usaha dakwah dirasakan tidak perfect dan kononya lari dari target dan sebagainya. Isu pendakwah muda yang tidak sabar begini banyak berlaku dan saya faham ianya adalah lumrah. Akan tetapi pada pendakwah muda (spt saya), saya suka untuk menasihatkan kepada pendakwah muda agar jangan kita tertipu dengan pengalaman kita yang cetek dan ilmu kita yang tak lebih dari beberapa buah buku yang kita baca.

Suka untuk saya menyingkap kisah mengapa kebanyakan penyimpangan yang berlaku adalah disebabkan perkara2 sebegini. Dari hanya beberapa buku yang kita baca, kita sudah pandai mengomentar pendakwah lama. Kalau ianya sekadar cadangan untuk perubahan maka ianya diperlukan bahkan digalakkan lagi dalam syura’. Akan tetapi apabila berlaku kata-kata kejahilan seperti “kamu x faham fikrah”, “mahu lakukan pemberontakan dalaman” dan sebagainya, maka itu adalah perkara yang tidak manis.

Kisah Syeikh al-Ghazali dan Syeikh al-Qardawi banyak mengajar saya tentang pemuda dan semangatnya serta bagaimana ia perlu disalurkan. Tulisan ini mengajak kepada pendakwah muda untuk menyemarakkan api semangat mereka tapi pada masa yang sama tunduk pada pemimpin yang telah lama bergelumang dalam dakwah. Merekalah yang mengukir jalan untuk kita. Segala sign board telah tersedia. Maka jangan kita sesekali berkeras kepala membangkang dan mencari jalan lain selain dari jalan yang lurus. Sebab hanya ada satu jalan shj. Maka yang lain adalah jalan mati.

Saya menulis waqi’ ini sebenarnya disebabkan sedikit rasa penyesalan kerana kebanyakan kisah pendakwah muda tidak sabar ini adalah refleksi pada diri saya sendiri. Disebabkan itu maka saya merasakan betapa bahayanya jika pendakwah muda tidak berjaga dengan aktiviti dakwahnya. Saya sedikit faham dengan istilah “tak abis belajar” ataupun “belaja x abis” pada golongan muda dan tua. Sebenarnya ia merujuk pada perlakuan tidak berhikmah dan tidak sabar serta gelojoh dalam dakwah. Adanya sifat membangkang, memberontak dan merasakan dirinya paling betul dan bagus. Maka orang lain adalah salah total dan semuanya hanya perlu kepada keputusan dirinya. Sungguh bahaya permainan syaitan. Sangat halus dan licik.

Juga pada kita pendakwah muda, kita digalakkan membaca (sebab tak membaca pun masalah juga) dan perlulah ada perasaan tunduk dan akur pada orang lain. Sangat ajaib jika kita yang hanya membaca beberapa buah buku, yang kadang-kadang sebab apa buku itu ditulis dan siapakah sebenarnya pengarangnya pun kita tidak benar2 arif, maka kita suka untuk menyalahkan orang lain dan mengatakan diri kita betul. Kadang-kadang cuba kita imbas kembali imej kita di cermin, cukup dan hebatkah diri kita ini berbanding orang lain.

Juga persoalan akhlak pendakwah muda juga sangat penting untuk kita tekankan. Terdapat banyak kes berlaku pendakwah muda yang tidak faham prinsip Islam sebelummana dakwah itu sendiri. Maka terjadilah apa yang terjadi. Kata-kata kasar, tidak hormat pada orang tua dan sebagainya.  Kelakar bukan, mereka yang ingin meraih syahid berperilaku begini. Agaknya perlu disuruh membaca Hakaza Syuhada dahulu.

Sedikit nasihat untuk diri sendiri ini bukan apa, agar kita sentiasa bertenang2 dalam dakwah. Tidak mahu adanya unsur extremisme di mana-mana.

Wsalam.


Responses

  1. Assalamu’alaykum.

    Mungkin komen ini kurang memberi input buat tulisan akhi, tapi ingin saya jelaskan kesetujuan saya. Idealogi yang terlalu banyak di luar sana, boleh mengelirukan. Atas sebab itulah saya lebih suka memerhati dari dalam golongan; mendengar pendapat dan nas2 aqal dan naqal sebelum saya memilih. Biarlah kefahaman itu wujud dahulu – agar biarpun cara atau jalan berbeza, insyaAllah matlamatnya hanya Satu.

    Jadi saya kesal apabila ada kenalan yang mengkritik tanpa melihat traffic light i.e. melulu semberono. Bagi saya, keadaan jema’ah harus dijaga. Hati2 pelbagai, harus difahami. Namun kritikan itu perlu untuk menggoncangkan fikiran atau membetulkan fikrah, lebih2 lagi bila jauh dari golongan mereka yang ‘alim ulama.

    Kalau pemikiran jelas berbeza dalam fikrah yang sama, terangkan saja dengan jujur, pada mereka yang memahami. InsyaAllah, akan ada yang mengerti – itulah indahnya wujudnya jema’ah di dalam Islam.

    Saya hanya mampu menggelengkan kepala bila ada mereka yang kecewa dengan satu pengalaman, dan terlalu cepat meletakkan segala jenis jema’ah di dalam kategori yang sama, atas dasar ‘open-mindedness’. Padahal mereka inilah yang sudah metutup minda secara mutlak. Generalizations do not do anyone justice.

    Maaf jika terlalu panjang. Kata2 akhi ini lama sudah saya peram dalam minda – tetapi belum dapat dijelaskan dengan kata2 sendiri. Alhamdulillah, terserempak blog ini. Akhi lebih jelas menerangkan.

  2. jzkk

  3. Hikmatus syuyukh wa hamasyatu syabab… (kebijaksanaan orang tua dan semangat pemuda)

    orang-orang muda!

    semangat banyak sisi baiknya. tapi sisi risiko dan buruk “berlebihan/ terlampau semangat hingga salah cara” jangan kita lupa.

    jika telah kita tersalah langkah, mari kita balik semula dan memohon ampun-Nya. jika belum, alhamdulillah dan berjaga-jaga.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: