Posted by: ameersyuhada | Jun 18, 2007

Understanding the Muslim World

Itulah subjek yang saya ambil pada semester lepas. Understanding the Muslim World. Saya buat keputusan untuk mengambil subjek ini kerana cinta saya kepada ilmu, ingin menambah pengetahuan tentang agama Islam yang saya cintai ini. Itulah harapan saya dan saya sangat berharap ianya akan menjadi kenyataan.

Sudah takdir Allah mungkin ada hikmah disebalik sesuatu. Anda mungkin dapat meneka apa terjadi. Tentunya pengalaman yang tidak manis buat pencinta Islam atau org yg mengaku daie seperti saya. Tidak tahulah bagaimana tetapi mungkin saya bagai pungguk rindukan bulan. Akan tetapi jika saya ingin mengumpamakan pensyarah saya mungkin ‘melepaskan anjing yang tersepit’ paling sesuai. Agak geram tetapi kerana dia telah banyak mengelirukan ramai manusia di dalam kelas termasuklah saya.

 

kids

Di dalam kelas saya dikenal Muhammad from Malaysia. Bunyi macam terkenal tetapi boleh tahan jugalah kerana sering disuruh menjawab pelbagai persoalan. Ialah, setakat siapa nama datuk nabi Muhammad siapa yang tidak tahu. Tapi di dalam kelas 70 orang yang hanya 4-5 orang Muslim dan selebihnya Aussie mungkin agak hebat.

Assignment yang pertama begitu mencabar buat saya. Hanya lebih sedikit dari separuh markah diberikan. Walhal saya rasakan saya sudah buat sehabis baik. Kebanyakan soalan agak mudah, akan tetapi saya sedar sebenarnya menjawab dengan skema fiqh dan syariah dari persepsi Islam yang saya belajar tidak menjanjikan markah yang baik. Saya terpaksa mencedok segala isi dan intipati dari buku teks orientalist yang agak loya saya membacanya. Entah berapa banyak buku-buku atau teks mereka yang perlu saya baca.

Assignment kedua menyusul. Kali ini dalam bentuk lakonan, ataupun pembentangan. Kesnya ialah Salman Rushdie. Memang sengaja tajuk ini dipilih, untuk melihat Islam daru sudut kebebasan dan liberalisme. Sudah saya agak,matlamat tetap untuk liberalisme. Tidak hairan jika ramai yang ke luar negara menjadi liberal. Juga banyak graduan Timur Tengah atau ustaz-ustaz yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Seorang kawan saya, seorang ustaz disini mengiakan perkataan saya bahawa mereka dihantar adalah untuk diliberalkan. Moga Allah melindungi kita semua. Berkenaan liberalisme ini mungkin saya akan ulas lanjut pada waktu akan datang kerana research saya dalam assignment adalah berdasarkan isu ini.

Berbalik kepada Salman Rushdie, saya mengambil watak sebagai Ulama al- Azhar. Agak susah mengambil watak ini kerana saya tidak bisa mencari exact figure. Maka terpaksalah saya mereka skrip yang dicampur-campurkan. Saya mengatasnamakan skrip saya itu atas Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Dr Tariq al- Suweidan. Ini adalah skrip dari buah fikiran mereka yang saya setujui dan saya pun mulalah menanti saat lakonan atau simulation tutorial tersebut.

Ternyata suasana amat berbahang sekali. Pada orang lain mungkin tidak. Tapi diri saya umpama gunung berapi yang mahu meletup. Dapatkah anda merasakan atau membayangkan ditempat saya ketika itu apabila maruah Islam seronok diperbahaskan mengikut hawa nafsu mereka, mizan mereka dan sedap hati. Frasa “i think Islam should be like this etc..” or “what the muslims have done is not appropriate because for me…” dan sebagainya menusuk minda rasional dan jiwa emosional saya. Saya sudah lali dengan cercaan atau sindiran lecturer di dalam kelas tentang Islam, syariah, hadith dan juga nabi Muhammad, akan tetapi suasana di dalam tutorial itu cukup memedihkan. Saya hanya mampu berharap bahawa saya tidak ditakdirkan untuk mendengar semua bobrolan palsu dusta mereka itu.

Akhirnya tiba giliran saya, dan dari air muka pensyarah saya itu, saya bagaikan dapat melihat betapa ghairahnya dia mahu mendengar isi lakonan saya. Barisan dibahagi dua, pro dan anti Salman Rushdie. Saya duduk bersebelahan dengan rakan Syiah di belah kanan, dan Muslimah kacukan Aussie dan Mesir di belah kiri. Saya terpaksa duduk disitu kerana tiada tempat lain. Saya meminta izin dari Muslimah itu untuk duduk dan dia bagaikan terkejut kerana padanya kenapa perlu minta izin. Saya sebolehnya tidak memandang seliar mungkin, tapi saya tahu pandangan hati perlu diutamakan. Saya kemudian memulakan ucapan dengan Bismillahirahmanirrahim…dan…menyampaikan isi skrip saya.

Petikan dari skrip;

“But we have a problem when you insult others. You insulted my mother – I would be very angry. And you have insulted somebody that is more sacred to me than my mother and myself. And the claim that it is done in the name of freedom of speech is absolutely unacceptable to us Muslims, because we have seen limitations on the expression of speech within your country and within Europe and the Western world. You have limited the freedom of speech about the Holocaust, and you have limited the freedom of speech when it comes to anti-Semitism. And to us, the prophets – all prophets – and religions – all religions – are sacred more than the Holocaust.”

Saya tahu perkataan Holocaust dan anti-Semitism akan menjadi masalah kepada saya namun saya berkata pada diri saya sendiri, biarlah ia terjadi kerana kalau ia tidak jadi terakhir maka ia akan jadi pertama. Memang benar, sunyi bagaikan tergamam semua manusia di dalam kelas yg sememangnya menantikan buah mulut dari seorang Islamist. Nah maka rasakan. Situasi diakhiri tanpa saya disoal satu pun oleh pensyarah tersebut, mungkin merasakan ada benarnya tapi saya tahu jika dia ingin berdebat maka silakanlah, kerana saya sentiasa bersedia.

Dalam hati saya teringat khutbah Wida Rasulullah saw, dan ucapan Hasan al Banna. Ya Allah, saksikanlah bahawasanya aku sudah menyampaikan.

Pertembungan Islam dan bukan Islam, Timur dan Barat, konservatif dan modernisme sememangnya kompleks. Banyak Muslim terpengaruh dengannya. Maka timbullah idea penyesuaian dan asimilasi yang tidak kehabisan. Saya merasakan banyak tanggungjawab untuk menjelaskan hakikat ini tapi mungkin di lain waktu. Seorang teman saya, juga syabab idaman kelihatan suka bermain dengan isu2 begini. Saya setakat ini hanya berkata dalam hati, tidak guna menggapai langit sedangkan tanah sendiri pun belum dikenal.

Wallahu ‘alam.

 

 


Responses

  1. Adakah anda mempunyai masa untuk menulis tentang liberalisma?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: