Posted by: ameersyuhada | Jun 20, 2007

Symbiotic Ukhuwwah

Antara pelbagai isu yang memeningkan kepala dhu’at adalah seputar masalah ukhuwwah. Inilah titik kekuatan kedua sebagaimana yang digariskan oleh Imam Syahid Hasan al- Banna dan sememangnya titik ini sangat sukar untuk dilaksanakan.

ukhwah

Sebuah entiti memerlukan kekuatan untuk mendokongnya. Begitu juga Islam. Dalam mana menaikkan semula Islam, tiang dan pasaknya perlu diperkukuhkan. Sudah pasti, betapa susahnya menaikkan Islam bererti susahnya mengukuhkan pasak-pasak tersebut.  Bila kita berkata susahnya bermain bola, bererti susahnya untuk menjaringkan gol. Bila susah menjaringkan gol, maka susah pula untuk synchronize strategi, passing dan setting.

Kekuatan ukhuwwah lebih sukar kerana ia melibatkan jami’ah..bererti kelompok. Kekuatan iman lebih kepada individual. Namun relatif ini tidak bererti ianya akan lebih utama dari yang lain kerana ia saling memerlukan. Tiadalah erti ukhuwwah tanpa iman, dan apalah ertinya iman kalau tidak membuahkan ukhuwwah. Cumanya persoalan ukhuwwah ini seringkali mengacau kehidupan dan perlu ia difahami dengan lebih mendalam.

Ukhuwwah yang kita fahami terdiri dari banyak tingkat. Seperti yang digariskan, peringkat yang rendah adalah berlapang dada dan peringkat yang paling tinggi ialah itsar. Bunyi agak mudah, namun tidak praktikalnya. Seringkali ia memerlukan ketelitian dalam memahaminya dan memerlukan pendekatan semasa.

Tidak perlu untuk saya perbahaskan dalil-dalil disini kerana ianya boleh didapati di dalam buku dan web ilmiah seperti http://www.dakwah.info dan lain-lain lagi. Akan tetapi perlu ada satu tasawwur dalam memahaminya. Ukhuwwah yang berjaya ialah sejauh mana seorang akh Muslim itu melaksanakan tanggungjawab ukhuwwahnya kepada ikhwah-ikhwah yang lain. Maka dengan itu, tidak perlu untuk seseorang akh itu melihat sejauh mana ikhwah lain melaksanakan tanggungjawab ukhuwwah kepada dirinya.

Kegagalan seorang akh melaksanakan ukhuwwah adalah apabila dia terlalu melihat kesan ukhuwwah yang cuba dipraktikkan dan pihak lain mempraktikkan ukhuwwah tersebut. Dengan kata lain, mengharapkan pihak lain berukhuwwah dahulu sebelum dia melaksanakan ukhuwwah. Juga pastinya, ia juga berbalik kepada soal keikhlasan dan kefahaman.

Kita dapat lihat dari contoh biasa, siapakah yang paling kita anggap sebagai akh yang paling berukhuwwah. Sudah pasti akh yang tidak kisah membelanjakan hartanya, sentiasa bermurah hati tanpa banyak berkira dan membuat pekerjaan tanpa disuruh dan merungut. Kisah di sekeliling saya membuktikan itu semua. Saya dikelilingi oleh ikhwah-ikhwah yang ikhlas dan langsung tidak merungut. Ini bukan sekadar teman rumah akan tetapi lebih dari itu. Seorang teman yang saya rindui, yang saya bakal berjumpa apabila pulang ke tanah air adalah role model saya dalam bab ukhuwwah. Tinggalan bahan masakan, cucian, dan mengemas segalanya terserah kepada dia diwaktu orang lain tidak ambil peduli (tidak perasan). Sisa makanan yang meloyakan rela diharungi demi satu prinsip keikhlasan yang mampu diungkapkan mungkin dalam kisah khayalan.

Juga kenalan saya, kesan ukhuwwah yang ditinggalkan sampai ke tahap kami tidak sedar gula kehabisan di rumah kerana tidak pernah keputusan. Hingga akh tersebut pulang ke tanah air, baru kami sedar segala keperluan rumah kehabisan. Ini contoh agung bagi mereka yang mahu berfikir.

ikhwan

Kita kenali peribadi kita, dan elakkanlah dari berprasangka. Saya teringat seorang sahabat yang merungut ketika di satu kejadian dan makanan telahpun habis, akan tetapi mulutnya tidak berhenti dari mengkritik dan melahirkan ketidakpuashatian. Saya agak terganggu sedikit dengan sikapnya akan tetapi saya memahami situasi yang agak menekan ketika itu.

Symbiotic ukhuwwah adalah satu keadaan ideal yang lahir hanya apabila kita semua mempunyai mindset ukhuwwah satu hala. Dengan kata lain, symbiotic ukhuwwah dapat dicapai dengan kita berfikir sejauh mana kita berukhuwwah, melaksanakan hak orang ke atas kita. Jika semua berfikir sebegini, insya Allah akan terjadi ukhuwwah Islamiah yang sebenarnya. Alangkah indahnya!

Semua berbalik kepada faktor kefahaman, tapi jangan kita sangkan kita meningkat dalam dakwah kefahamana kita meningkat, kerana ada banyak peristiwa menidakkan perkara ini.

Moga bermanfaat.


Responses

  1. Salam…
    Ukhuwwah adalah sumber kemenangan
    Terima Kasih
    Dua Pusaka http://www.duapusaka.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: