Posted by: ameersyuhada | Jun 22, 2007

Sebuah kisah dari pelbagai kisah…

Sering pada waktu subuh, seorang insan berdengkur meringkuh kokokan ayam. Sahut-sahutan temasya alam itu seolah mengiakan fitrah kehaiwanan yang sama. Namun yang dikatakan haiwan itu sedang beribadah kepada TuhanNya dengan mendakwahi manusia akan tetapi yang bernama insan itu melagukan irama kelalaian yang mengingkari Tuhan.

“Insan! Bangun subuh! Tiap pagi tak sembahyang setan sorang nih…” kejut seorang daie Musleh Jadid.

“Hoi bangunlah monyet! Dah besar panjang pun tak reti nak bangun ker! Ni mak bapak tak ajar la nih..” kejut si Mujahid Jadid.

Dan pelbagai kejutan Muslim, Mujahid, Musleh, Hamidun, Saeehun, Ruhul Jadid, Talhah,Umar. Tetapi bukan dari Britney, Lindsay, Delta, Paris dan Zahra’ dan lain-lain lagi sejenisnya yang biasa ia dengari dalam gurau senda hari-hari.

Insan bukannya tidak mahu bangun. Dia sengaja membatukan dirinya seolah-olah masih tidur.  Dengkurannya itu telah berhenti pada panggilan yang pertama lagi. Hatinya umpama hati ikhlas Nabi Ibrahim mencari Tuhannya. Dia mahu ikut bersama mereka. Sembahyang bersama-sama. Berdoa sama-sama. Bersalaman sama-sama. Tazkirah sama-sama. Akan tetapi..entahlah…

Insan bukan tidak mahu, bukan dia tidak suka, jauh sekali dia mengatakan Muslim, Mujahid, Saeehun dan rakan-rakan yang lain salah. Tidak pernah dia melabel mereka sesat dan sebagainya. Jauh di perdu hatinya, biar pahit dengan kasanova dan fatamorgana dunia hedonismanya, mengakui mesej kebenaran yang mereka sampaikan. Mesej yang bukan dia tidak tahu, tapi dia pandang sebelah mata. Jiwanya perit dengan hidup bertopeng yang sedang dia puaskan, dan sesekali dia terasa fitrahnya atau mungkin malaikat menjerit di hujung mindanya untuk kembali pada namanya, Insan. Bukan syaitan. Bukan dan memang bukan syaitan.

Dia selalu menjadikan alasan rakan-rakan daie Muslim Jadid dan Mujahid Jadid sebagai bentengnya yang utuh. Umpama sumpah azimat dia berkata, ” aku bukan tak suka, tapi cara the Jadids tu yang buat aku sengal dan gatal-gatal”. Lalu dia dustai seluruh daie Muslim dan Mujahid yang lain. Dan kadang-kadang dia menggaru kepaa dibelakang mereka seraya berfikir kembali kesan perkataannya. Dia tahu dia berdusta, dan dia tahu dia bukan di pihak yang benar.Bahkan bukankah ‘cool’ mengikut arus?

Dia tetap berfikir, tapi adakalanya dia malas. Tika ia berfikir, terus masuk dalam fikirannya tentang the Jadids. Arghhhhhh!!!!! Mereka lagi. Terus terpampang sahabatnya di pesta-pesta. “Mereka sahabat luaran. Aku berseronok. Tapi aku langsung tak percaya mereka!” Tapi sahabat itulah yang dia campuri.

Insan tahu hidupnya pasti bukan begini. Dan Insan terus tahu dan tahu…dan tahu…

Sadaqallahul ‘azim.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: