Posted by: ameersyuhada | Julai 10, 2007

Erti Sebuah Makan Malam

leader

Pemimpin generasi muda. Semuanya ada ketokohan. Ada ciri dan kehebatan masing-masing. Semuanya berani. Semuanya berketrampilan. Semua itu dan ini.

Itu keadaan biasa bagi majlis makan malam sebuah business entity terkenal tanah air kita. Pelajar tajaannya bukan calang orang. Semuanya ditapis dan memang santan yang berkualiti tinggi.

Namun, dari banyak-banyak mereka, tidak sedikitpun seculit kekaguman terlintas di dalam hati. Mengapa? Entah, nyatanya tujuan mereka bertopeng salut. Mencari sesuatu yang kebanyakan ramai orang kejar. Semuanya ada agenda masing-masing. Populariti, pengaruh, ketrampilan dan semuanya. Dan saya hanya melihat.

Rakan 1 bertanya kepada saya. “I thought you will ask the question to the VP”. Rakan saya ini amat faham dengan sifat saya. Tapi “I don’t think i will be comfortable to ask in that environment”. Itu jawapan saya.

Rakan 2 pula merupakan sahabat rapat saya. Entah mengapa, akhir-akhir ini saya semakin sangsi. Rakan 2 merupakan antara makhluk asing yang terlalu asing bagi saya kebelakangan ini. Di malam itu juga terserlah segala agenda. Nyatanya sebelum ini hanya  telahan, tapi sekarang ia telah menjadi hujah burhan. Tidak mungkin sesuatu boleh dilindung. Bangkai itu busuk. Dan aroma baunya itu tidak mungkin terselindung.

Mereka mencari pemimpin. Tapi adakah kita sedar kita berlagak sebagai pemimpin atau memang kita pemimpin? Saya ditegur oleh seorang yang berlagak sebagai pemimpin dan tambah teruk lagi terlalu berlagak sebagai pemimpin. Mungkin tidak sedar dia tidak layak menjadi pemimpin tp masih mahu berlagak memimpin. Saya terima teguran kerana dia pemimpin. Tapi berhatilah memilih pemimpin.

Saya berjumpa kawan lama. Mereka sedar tahap kami dan mereka. Benua memisahkan. Tapi kefahaman membezakan. Mereka sedar kami bukan kami dahulu. Dan mereka segan. Dan mereka menjauhkan. Tapi kami mengejar.

Itu semua berlaku dalam sebuah makan malam. Dalam beberapa hari bersama. Dan hakikat tidak pernah ianya satu yang manis. Tiap2 kali berlaku saya akan sedih. Saya akan bimbang. Banyak wajah sekitar akan memakai topeng. Dan apabila ditanya akan menjawab, “ini medan syeikh”. Apa itu? Murahkan harga sebuah hidayah?

Tidak.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: