Posted by: ameersyuhada | Ogos 1, 2007

Buat Pemuda Islam (Muhammad Iqbal)

268730120_4830cda720.jpg

Wahai pemuda Islam! Tidakkah pernah kau gunakan kebijaksanaanmu..
Dari langit manakah dikau jatuh wahai bintang kejora? 

Bangsa itu telah mendidikmu kasih sayangnya…
Yang mana kakinya menjatuhkan mahkota kepala Darius… 

Pencipta tamadun jua Pembina aturan urusan dunia…
Adalah gurun Arab, buaian penunggang unta…

Empayar al-Faqru fakhra gah pada kemuncak kuasa yang wujud..
“Mengapa perlu wajah yang indah dambakan pencantikan dan perhiasan?”

Walau dalam faqir hamba Tuhan itu bercita tinggi..
Si mewah tak terlari sedekah dari ketakutan pengemis..

Ringkas kuukir madah siapakah musafir mundur itu…
Merekalah penakluk dunia, pemerintahnya, pengurusnya, pemeriahnya..

Jika kulampir gambar mereka dalam kata-kata semampuku..
Tak terjangkau suasana itu dalam faham bayanganmu…

Dikau tak tersambung hubung dengan mereka..
Dikau pemborak, mereka pelaksana, dikau bintang mereka buruj…

Kita baziri warisan dari moyang..
Langit telah menghempas kita dari galaksi ke bumi….

Mengapa kita tangisi pada hebat kuasa kerna ia fana’…
Sungguh tiada ia lari dari sunnah dunia…

Tapi mutiara hikmah itu, kitab ilmu moyang kita…
Melihatnya di Eropah hati beretakan tersewa…

Wahai Ghani! Saksikanlah zaman gelap nabi Kan’an…
Kerna cahaya dua matanya menerangi mata Zulaykha…

(puisi tulisan Iqbal meluahkan kesedihan kejatuhan Islam. Merincikan punca kejatuhan adalah jauh dari kefahaman golongan Islam dahulu) 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: