Posted by: ameersyuhada | September 26, 2007

Masih

Benar kata golongan terdahulu. Di luar negara adalah masa optimum untuk tarbiyyah. Bukan kata di tempat lain tidak optimum, tapi di luar negara sangat pelik besarnya peluang untuk mentarbiyyah diri.

Sekarang saya di rumah. Berdepan dengan segala permasalahan. Dengan anak buah, dengan jiran, dan meneman ibu. Kalau dulu saya diberi rukhsah kerana saya belajar jauh sejak umur 13 tahun, tapi sekarang saya sedang bercuti tambahan pula bulan puasa memberi kesan kepada amal saya di sini. Umpama lumpuh. Disekat tidak berpagar.

Namun cubaan untuk keluar masih ada. Saya sempat ke Paka beberapa hari lalu untuk ziarah sahabat-saya. Engineer Petronas. Teman saya. Alangkah riangnya hati tidak terkata. Tambah terharu melihat semangat mereka di samping kesibukan. Amal dakwah berterusan malahan mereka lebih kreatif dan berdaya saing. Di kerteh bukan mudah melakukan dakwah. Tapi juga bukan susah.

chevrolet_kalos_back.jpg

Saya juga lihat sebagai engineer kehidupan cukup mewah. Berbanding dengan orang lain. Setakat ini saya baru berkunjung ke Lembah Kelang dan Terengganu. Maka tiada sebab untuk saya merasakan tersepit utk dakwah. Tujuan ziarah saya adalah untuk saya sendiri menimba pengalaman. Walaupun dalam kesempitan, namun saya tak menjadikan alasan utk aktivisme. Saya sudah fed-up sebenarnya dengan alasan tiada duit, kerana sebahagian dari kita bukan sebenarnya ‘tiada duit’ akan tetapi “tiada duit yg dirationkan utk dakwah”. Mungkin benar mungkin tidak. Jadi saya tidak mahu meninggalkan kenangan pahit dan masa yang berharga hanya kerana kononnya tiada duit.

Pada masa sekarang ini juga saya mempunyai terlalu banyak masa sebelum bekerja. Adakah saya menggunakan seluruh nikmat ini dengan benar dan manfaat? Entah ya entah tidak. Saban hari saya membaca buku dan bahan. Buat slides dan presentation. Tapi tiada amal lagi kerana bulan puasa. Rata-rata mahu amal selepas bulan puasa.

Begitu banyak manusia dan remaja di tempat saya. Sekolah dekat 4-5 buah sekolah. Pintu amal terbuka luas. Cuma samada saya mampu atau tidak. Berdepan segala kesulitan. Namun cukuplah semua alasan. Saya sudah bosan. Saya sudah banyak input. Tapi tiada output yg significant.


Responses

  1. semoga Allah beri kekuatan

  2. dlm jalan dakwah, bile kte mule “turun padang”, kemanisan terase bile hati2 yg diseru tertaut dgn islam, dgn izin Allah..duit x pernah bertambah bile masuk line ni, lagi keluar ade lah!tp tu la kemanisan tarbiyyah yg diterime..andai ikhlas kerana Nya..semoga kita semua thabat, hidup n mati kerana Nya, smoge jln ini jln yg kekal dlm hidup kite smpi akhir hayat..ameen..teruskan beramal..

  3. go go alwi..
    kami menunggumu di kl nie..
    hehe.i’allah

  4. komen ini ditulis pd nov: pasti sep – nov suasananya telah berubah sebagaimana bulannya. dan anda pasti telah mempelajari banyak pengajaran dan panduan dari sekolah masa (hayah)ie kehidupan yg berlalu. semoga. sekarang musim kita sama-sama memanfaahkannya.selamat beramal.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: