Posted by: ameersyuhada | Februari 19, 2008

HICCUPS!

Bismillah..

Sudah tiga bulan saya bekerja. Dan selama itulah saya meninggalkan wordpress ini. Terlalu byk utk saya tuliskan, tetapi seringkali ada perkara yang lebih utama utk dilakukan. Sehinggakan saya merasakan menulis disini adalah perkara sampingan.

Kini saya kembali. Memulakan semula perjuangan pena, mengasah kefahaman dan menabur budi.

Saya berjumpa ramai dengan sahabat2 yang saya tinggalkan di luar negara dahulu. Melihat, menegur, memeluk dan bersalam, merupakan nikmat Allah yang tidak akan saya lupakan. Saya kagum dengan mereka. Saya terbayang kisah saya dahulu. Saya teringat sebuah perkhemahan yang saya sertai 3 atau 4 tahun lepas di NS.

Perkhemahan itu merupakan perkhemahan, aktiviti lasak yang pertama dan unik pernah saya rasai. Selain menguji kekuatan fizikal, tapi saya berkenalan dgn peribadi2 yang hebat. Akh Z merupakan kem komandan. Akh L adalah pemimpin saya.

Maka terjadi suatu peristiwa,ketika dalam kumpulan, tiba masa utk melantik ketua. Sedangkan akh L ada didalam kumpulan saya, maka saya berfikir tidak perlukan diadakan undian kerana umum mengetahuinya siapakah yang paling senior didalam kumpulan itu. Namun, majoriti menyuruh saya menjadi ketua, dan saya berasa segan dgn akh L. Akh L berkata dengan tegas, silakan jadi ketua, kerana dia tahu saya teragak2 kerana hormat saya padanya.

Maka saya menjalankan tanggungjawab dengan sesungguhnya. Saya masih baru dalam amal dakwah Islami. Tp saya sememangnya seorang yang bersemangat jika saya faham sesuatu. Juga, saya bukanlah orang yg mudah utk mempercayai sesuatu. It needs hardworks to make me accept something.

Sememangnya saya sedar bahawa akh Z memerhatikan saya dari awal hingga akhir. Pada mulanya saya tidak tahu apa tujuannya, tp di majlis penutup, barulah tekaan saya tepat. Akh Z berkata dia akan memilih peserta terbaik perkhemahan tersebut. Dalam hati saya, saya berkata, jika ada peserta yang terbaik, maka saya akan pastikan sayalah yang terbaik itu. Dan itulah takdir Allah.

Semasa keluarnya keputusan SPM, saya tidak berasa ragu sedikitpun bahawa saya akan dapat 10A1. Dan semasa di universiti, saya berasa yakin saya tidak akan dpt first class. Saya yakin bahawa saya akan dapat bekerja di lembah klang. Saya yakin dengan jalan yg telah saya pilih. Saya yakin saya akan berjaya. Saya yakin saya akan cemerlang.

Petanda akan berjaya adalah keyakinan. Maka pastikan kita yakin setinggi, sedalam mungkin.

Perjuangan Islam adalah keyakinan pada Allah, pada janjiNya. YAKINLAH SESUNGGUHNYA.


Responses

  1. NOW WE understand the meaning of “working”. BUT, work is not the “WHOLE WORLD & Things”, kan bro?

  2. salam. ziarah dan musafir..alhamdulillah sangt bermanfaat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: