Posted by: ameersyuhada | Mei 12, 2008

Ala Tattaqun? (siri 3)

ASSALAMUALAIKUM wrt wbt…

Di pagi hari Isnin yang bersinar indah ini insya Allah kita mengingati nikmat Iman dan Islam di bawah lembayung kefahaman ubudiyyah dan amal yang berwibawa. Semoga Allah menerima amal dan niat kita yang ikhlas, samaada yang lalu, sekarang, dan pada masa akan datang.

Kembali menyambung kisah dari surah al- anbiya’. Kisah seruan para Rasul kepada kaum mereka. Ayat mereka tersusun indah dengan pelbagai hikmah yang dalam untuk digali, dicerna oleh akal yang sihat, bukan akal yang lemah tidak bermaya.

Kisah Rasul2 dimulakan dengan kesan dakwah mereka, selepas berhempas pulas; Ini adalah akibat/kesan dakwah reality terhadap manusia yang ingkar dan jahiliah yang pekat.

Kazzabat qaumu Nuh mursalin ( Kaum Nuh telah mendustakan para Rasul) ayat 105. “ Inilah kesan dari dakwah yang berterusan oleh Nabi Nuh, setelah berhempas pulas selama ribuan tahun, akan tetapi didustakan sehendaknya.”

Kita teruskan asas dalam menyeru manusia ke jalan Allah. 1) Memicu keupayaan berfikir 2) Pendakwah mengenalkan dirinya

Dan seterusnya ciri yang ketiga,

3) Fattaqullaha wa ‘ati’un (maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku)

(Menerangkan objective dan jalan mencapainya) – Setelah manusia berjaya berfikir dan rasionalnya menguasai pertimbangan dirinya, kemudian pendakwah memperkenalkan setulus hati bahawa ia adalah rakan yang membawa mesej kebenaran. Setelah itu pendakwah itu perlu untuk menjelaskan apakah objektif/tujuan dia menyeru manusia tersebut. Sudah tentulah seruannya adalah untuk memastikan manusia menjadi hamba kepada Allah semata, bukan hamba kepada berhala-berhala, bukan hamba kepada harta dan dunia dan wanita, juga bukan hamba kepada mereka yang mengaku sebagai perantara di antara Tuhan dan manusia.

Maka tujuan dakwah memastikan manusia bertaqwa kepada Allah. Taqwa yang suci, takut dan pengharapan kepada Allah. Khauf wa raja’ (takut dan harap) adalah essence dalam hakikat tauhid keimanan kepada Allah swt. Tujuan ini juga selaras dengan KPI yang dijelaskan Allah swt dalam firmannya;

Inna akramakum ‘indallahi at’qakum (Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang (lebih) takwanya.)

Maka KPI inilah yang perlu dikejar oleh manusia, menjadi manusia yang ulung di atas muka bumi semasa kehidupannya yang sebentar. Adakah PPA 1, yang bakal mewarisi Jannatul Firdaus bersama para Nabi, Rasul, Syuhada dan para solihin? Atau 2, atau 3 dan 4?

Maka setiap manusia mengetahui matlamat untuk dicapai. Menjadi hamba Allah.

Maka mereka terus bertanya, bagaimanakah untuk mencapai matlamat tersebut? Hati kami sudah bersemangat mendengar dakwahmu.

Jalannya hanya satu, iaitu hidayah Allah swt. Taatlah pada para Rasul penunjuk jalan. Dia yang merupakan utusan Tuhan, yang memahami mesej dan tatacaranya. Maka ikutlah pesuruh itu. Dialah manusia yang terpercaya membimbing manusia tanpa ada keraguan lagi.

4) Wa ma as’alukum alaihi min ajrin. In ajri’a ala rabbil alamin; (Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.)

Keikhlasan berdakwah para pendakwah. Bukan sahaja tanggungjawabnya itu berat, malah para pendakwah menghadapi pelbagai mehnah dan ujian. Maka dalam aktiviti menyeru manusia, perlu dijelaskan kepada manusia betapa ikhlas dan tulusnya kita mengajak mereka kea rah kebaikan. Sesungguhnya kita tidak pernah meminta sesen pun dari gaji mereka, ataupun duit biasiswa mereka, ataupun menempel muka untuk menumpang kereta atau alat-alat mereka, akan tetapi kita menyeru dan mengeluarkan duit dari titik peluh kita sendiri. Maka inilah buah amal yang ikhlas.

Janganlah kita terperangkap dalam arus suasana yang menekan, yang menjustify untuk mempertaruhkan keikhlasan kita. Ini adalah amat fatal, kerana ikhlas adalah penyebab amalan itu berjaya dan diterima.

Bersambung lagi………………….


Responses

  1. I love your site!

    _____________________
    Experiencing a slow PC recently? Fix it now!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: