Posted by: ameersyuhada | April 13, 2010

Model Ekonomi Baru dan kesannya ke atas Melayu Islam

oleh Zul Alwi Adam

Model Ekonomi Baru (MEB) telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Mac 2010 yang lepas menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat. MEB ini menjanjikan dayasaing dan kemampuan Malaysia untuk melakukan liberalisasi ekonomi atau lebih dikenali sebagai Program Transformasi Ekonomi (PTE).

Dalam usaha transformasi negara Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020, kerajaan telah meletakkan 4 pilar utama, iaitu Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (PTE), dan Rancangan Malaysia ke -10 (RMK10).

Jadi pengumuman MEB adalah di bawah pilar 3, iaitu satu langkah dalam transformasi ekonomi. MEB menekankan punca utama masalah Malaysia ialah; terperangkap dalam ‘golongan berpendapatan sederhana’ (middle income trap). Ini bermaksud Malaysia terperangkap di antara dua keadaan paksi ekonomi; berpaksi pada tenaga buruh dan berpaksikan teknologi tinggi dan maju. Gambaran jelasnya ialah Malaysia tidak dapat bersaing dengan negara-negara yang mempunyai kos operasi yang rendah kerana kos buruhnya murah (seperti China) dan juga tidak dapat bersaing dengan negara maju yang mempunyai teknologi yang terkehadapan (seperti Eropah dan Amerika Syarikat).
Muat Turun MEB

MEB ini menunjukkan betapa terdesaknya keadaan Malaysia dari segi ekonomi dan cabaran yang dihadapi sehingga perlu mengliberalisasikan ekonominya. Antara faktor yang dikatakan boleh merencatkan matlamat MEB ialah dasar afirmatif untuk membantu bangsa Melayu dan bumiputera seperti yang dinyatakan oleh Stewart Forbes, Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI). Kenyataan ini adalah desakan halus yang bertujuan menidakkan hak Melayu dan bumiputera dari segi ekonomi.

Akan tetapi, dasar afirmatif dan selektif yang dilakukan oleh kerajaan sejak Dasar Ekonomi baru sebenarnya mempunyai banyak kejayaan. Antaranya ialah kemampuan Malaysia berinjak dari negara mundur kepada Negara membangun dengan mengolah dan menggunakan sumber dalam negara. Kesan langsung dari DEB juga ialah keseimbangan sosial, yang mana menjadi rahmat kepada negara Malaysia berpuluh tahun kebelakangan ini. Kaum Melayu dan bumiputera mampu bangun dan memajukan diri dalam pendidikan dan perniagaan dan berusaha menjadi bangsa yang mempunyai kredibiliti dan bakat. Disebabkan ini, perpaduan berlaku kerana jurang antara kaum dapat dirapatkan dan kesamarataan dapat dicapai.

MEB mungkin lanjutan dari DEB yang memerlukan kekemasan dari segi pelaksanaannya dan ketelusannya. Kronisme harus dibuang dari kamusnya, dan memasukkan terma baru dan baik seperti integriti, telus, objektif, pencapaian dan pengukuran. DEB mungkin dicemari pelbagai isu-isu pecah amanah dan ketidakjujuran, namun pemantauan dari segi ini mampu menjayakan MEB.

Sehubungan dengan itu, dasar melindung hak bumiputera dan Melayu tidak menjejaskan langsung MEB, sebagaimana didakwa oleh Stewart Forbes. Pelabur luar tidak lari kerana dasar afirmatif kerajaan, akan tetapi kerana system lama yang penuh birokrasi, protokol dan tidak efisien mengikis keyakinan mereka. Liberalisasi ekonomi ini juga perlu menjaga pemilikan ekonomi Negara dari penguasaan asing kerana liberalisasi yang berlebihan akan menghilangkan identity Negara.

Sekali lagi, isu menjaga hak-hak Melayu bumiputera menjadi penghalang kepada pelbagai desakan dalam dan luar negara untuk menguasai negara. Bangsa Melayu dan bumiputera harus segera sedar dan bangkit kerana selamanya mereka tidak boleh berasa selesa dan berdiam diri dalam keadaan ini. Mereka perlu mengubah diri mereka menjadi bangsa ulung yang hebat dari segi sahsiah dan kemampuan akademik untuk membolehkan mereka memimpin negara dan rantau ini.

PERKASA, sebuah NGO Melayu menyarankan agar kerajaan tidak menepikan bangsa Melayu dalam MEB ini. Terdapat juga pemikir dari bangsa Melayu yang menyokong liberalisasi total dengan hujah bahawa bangsa Melayu mampu bersaing walaupun hak mereka tidak dijamin dan bersaing secara sihat dengan bangsa lain. Hujah ini pada asasnya sangat berani kerana ia terlalu berkeyakinan tanpa melihat kepada realiti dan persekitaran. Hujah ini mungkin hanya desakan emosi yang membuak-buak yang meluat melihat kegagalan DEB dan amalan kronisme. Mungkin juga pemuka hujah ini tidak terlibat dalam ekonomi dan perniagaan di dunia sebenar, yang mana menyaksikan bagaimana kaum Melayu dan bumiputera begitu susah bersaing kerana masalah mereka yang tersendiri.

Jadi tindakan yang betul adalah membina bangsa itu sendiri dengan kehebatan dan sifat-sifat mulia. Seiring dengan itu, perlindungan hak adalah perlu agar mereka tidak terjajah di tanah air sendiri sehingga mungkin tidak mampu bangkit serta menjadi hamba selama berkurun lagi lamanya!

Zul Alwi Adam
Ketua
Biro Media & Penerangan
Ikatan Muslimin Malaysia
Cawangan Shah Alam & Klang

Gambar : Bernama


Responses

  1. tulisan yg baik

  2. Wonderful goods from you, man. I’ve understand your stuff prior to and you’re simply too excellent.
    I really like what you’ve received here, really like what you are stating and the best way during which you are saying it. You’re
    making it entertaining and you still take care of to keep it wise.
    I can’t wait to read far more from you. This is really a wonderful web site.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: