Posted by: ameersyuhada | Ogos 25, 2010

Buang Bayi & Gejala Sosial : Inilah Penyelesaiannya

Riuh rendah kes buang bayi dan gejala zina di kalangan masyarakat Malaysia, samada Islam dan bukan Islam tidak pernah berhenti. Kes ini sebenarnya berlaku sepanjang masa, bertambah teruk saban hari dan ketika.

Pelbagai usul, cadangan, forum perbincangan dari sekecil kedai kopi hingga ke dewan parlimen riuh dengan isu ini.

Pelbagai juga reaksi masyarakat dari segenap lapisan, tua atau muda, kaya atau miskin, di bandar atau di kampung. Bagi yang tua, mereka menyalahkan generasi muda yang tidak mengetahui baik buruk dan batas adat dan agama. Bagi yang muda, kegagalan orang tua yang menjadi contoh dan model terbaik untuk diikuti menyumbang pada rosaknya generasi mereka.

Tapi tua atau muda, dua-dua terlibat dalam kes berat ini. Walaupun orang tua tidak buang bayi kerana telah matang dan berpengalaman, namun kes zina, sumbang mahram, perceraian juga melibatkan orang tua-tua. Orang muda tidak tahu menetak isteri dengan parang, atau menyimbah asid pada suami.

Golongan muda masih jahil menetak parang dan menyimbah asid. Mereka takut. Mereka tidak tahu hubungan yang mereka lakukan boleh menghasilkan bayi. Mereka kerdil dan naif. Mereka hanya mahu berseronok.

Jadi yang muda bunuh bayi, yang tua bunuh sama sendiri. Semuanya kerana nafsu tidak terkawal, nafsu berseronok dan nafsu zina.

Sama juga halnya dengan yang dikampung dan dibandar. Kes buang bayi tidak hanya di bandar, tapi juga dikampung. Gejala zina mungkin banyak di hotel-hotel murahan, tapi apa kurangnya di hutan atau air terjun di pedalaman, ladang kelapa sawit, rumah tunggu durian di dusun di hulu kampung.

Semuanya terpalit dengan gejala zina. Tua atau muda.

Juga tak kurang hebatnya samada miskin atau kaya. Yang si miskin buat cara miskin. Yang kaya buat cara kaya dan berstatus. Bezanya mungkin pada gaya, orangnya, tempatnya. Si miskin mungkin suka sama si miskin. Si kaya mungkin suka pada yang berstatus sama dengannya. Pokok pangkalnya semua sudah diresapi dengan gejala zina.

Aduhai bangsaku, insaflah. Kita ini Melayu, bangsa yang mulia. Mulia kita bukan dengan candi di lembah bujang, mulia kita bila kita memeluk Islam. Islamlah yang memuliakan kita.

Nun disana riuh rendah lagi semua pihak yang tampil mahu menyelesaikannya. Ada yang mahu hukuman bunuh, ada yang mahu baby hatch, ada yang mahu sekolah untuk pelajar hamil, ada yang mahu rendahkan umur pernikahan, dan yang terbaru, ada yang menyuruh nikah gantung.

Seruan-seruan kosong ini tidak akan lari dari masalahnya. Memadamkan api bukan dengan menghilangkan asap. Air dari bumbung yang tiris bukan hanya perlu ditadah, tapi dibaiki bumbungnya itu.

Jiwa-jiwa penzina dan pendosa yang saban hari makin disubur dengan pelbagai punca. Cukuplah hedonisma cetakan barat yang kita tiru tanpa tapisan. Pihak berwajib buta hati tentang masalah ini. Mana lagi senang antara menghukum bunuh atau menapis dan menghalang unsur dosa, zina, seks dalam masyarakat? Sekatlah puncanya, kemudian barulah hukum mereka. Ibarat memenuhkan air dalam tangki yang sedia bocor.

Jiwa masyarakat berdosa dan penuh gejala zina ini perlu dididik. Jadi disini ISMA Shah Alam ini mengatakan, segala cadangan yang bernas untuk mengurangkan gejala buang bayi ini perlu memikirkan punca asal iaitu zina itu sendiri. Sebarang kempen menjauhi zina adalah amat baik. Tetapi tidak boleh setakat itu sahaja. Terapkan nilai keimanan dan ketaqwaan pada Allah swt.

ISMA sememangnya menggunakan pendekatan holistik bersepadu untuk membangkitkan generasi rabbani yang boleh diharapkan membawa risalah kebaikan didunia ini. Disebabkan itulah, pendekatan pembinaan generasi ISMA bermula dari sekecil-kecil manusia, iaitu NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat / Kelab Simba dan Jasmin). Ia merangkumi anak-anak kecil sedari umur 4 tahun hingga awal remaja. Untuk remaja, ISMA menubuhkan Kelab Remaja ISMA (KRIM). Ia mendekati remaja diumur persekolahan. Pelbagai program dan rancangan yang membina jatidiri remaja berasaskan Islam ditekankan pada peringkat ini.

Peringkat belia universiti adalah peringkat progresif seorang manusia. Aktivisme seseorang itu mencapai peringkat optimum. Jadi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) tampil mengambil bahagian merancakkan pembinaan belia dan menyambung rantai pendidikan Islam yang sudah dibina dari NAZIM dan KRIM.

Umur belia akan mencapai tahap matang, kemudian wadah perjuangan membina generasi harapan ini teruskan hingga akhir hayat bersama ISMA. Perjuangan dari buaian hingga liang lahad ini adalah perjuangan membina manusia, generasi harapan yang beriman, bertaqwa, berdakwah dan berjuang.

Kemudian sebut sahaja apa, zina, rompak, rogol, rasuah, buang bayi, hedonisma, dan lain lain lagi. Semuanya akan diselesaikan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: