Menghadiri Ijtimak Tarbawi peringkat Nasional sangat memuaskan hati. Tajuk tajuk evergreen diberi nafas segar pada era baru dan fasa mencabar. Disini saya nukilkan apa yang saya pelajari dari program tersebut.
1) Pembinaan peribadi adalah suatu PROJEK ataupun AGENDA. Bukan sekadar kerja biasa mentajmik dan mentarbiyyah. Ia adalah suatu yang serius dan besar.
2) Tasawwur terhadap wajibat yang selama ini dianggap tidak berapa penting. Aspek pengurusan (management), perancangan strategik (strategic planning), professionalisme perlu diambil kira dalam membawa misi dakwah. Aspek penjagaan kesihatan juga perlu diambil kira.
3) Perbezaan tawazun dan wasatiah. Tawazun adalah seimbang dan wasatiah ialah kesederhanaan. Mengimbangi semua aspek tarbiyyah (ie muwasafat muslim) dan memberi penekanan sepatutnya kepada semua aspek tarbiyyah itu. Kesederhanaan ialah dalam mencapai target bagi setiap aspek tarbiyyah itu (ie aqidah), tidak jatuh dalam dua keadaan extreme.
3 perkara ini adalah perkara baru yang diberi nafas segar. Saya amat berharap perbincangan atau program seperti ini disebarluaskan kepada semua agar isinya dapat dimanfaatkan.
Wallahu alam.
– Posted using BlogPress from my iPad
mantap. where’s the share button?
By: mohdrusmanarief on Disember 9, 2010
at 10:05 am
kena share manually la nampaknya rusman.
By: lasiaf87 on Disember 9, 2010
at 3:38 pm