Posted by: ameersyuhada | Julai 19, 2007

Graviti Daie

trust-reflection.jpg

Proses tarbiyyah berkait rapat dengan thiqah. Thiqah ialah kepercayaan. Hasan al Banna menyebutkan tentang hal thiqah di dalam Arkanul Bai’ah ( Rukun Baiah ) sebagai seorang jundiyy menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin sehingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat. Imam as-syahid menekankan lagi dengan menekankan bagaimana rupanya seorang jundiiy yang thiqah itu. Setiap pemimpin adalah jundiyy kepada pemimpin yang lain. Dan setiap jundiyy adalah pemimpin kepada jundiyy yang lain pula. Maka, perlu difahami bahawa seorang hubungan pemimpin dan jundiy adalah laksana ayah kepada anaknya dalam hubungan hati, seorang guru kepada anak murid dalam saluran ilmu, seorang syeikh kepada anak buah dalam didikan rohani, seorang ketua kepada pengikut dalam dakwah.

 

Kurang kualiti jundiy menyebabkan lemahnya kepercayaan (thiqah ) yang diberikan kepadanya. Dalam lingkungan itulah, pengaruh dan keberkesanan seorang daie itu diukur. Graviti daie menunjukkan betapa kuatnya pengaruh seorang daie terhadap manusia yang dipimpinnya. Kepercayaan kepada pemimpin adalah asas kejayaan sebuah gerakan.

 

Dalam pada itu, renungkanlah jika kegagalan dakwah kita dalam menyeru manusia bukanlah sebenarnya berasal dari ujian dan keadaan semasa sahaja. akan tetapi ia lebih kepada kualiti kita sebagai seorang daie. Dakwah fardhiah contohnya memerlukan pengalaman lebih dari pengetahuan. Terdapat ramai sebenarnya cuba untuk mengamalkan dakwah fardhiah mengikut langkah-langkah yang digariskan (Mustafa Masyur), namun hasil yang dicapai kurang memuaskan. Namun setelah dicuba berkali-kali tanpa melihat kepada hasil, maka hasil yang didapati semakin baik. Kita yakin disini sebenarnya apa yang kita pelajari perlu kepada pelaksanaan untuk lebih memahami situasi dan kemahiran. Jangan kita terlalu kemas berpegang pada langkah-langkah akan tetapi tidak mencernakan pemahaman mengapa langkah-langkah tersebut diambil.

0219_d47.jpg

 

Terdapat ramai daie yang mempunyai kemahiran yang unik akan tetapi ia mampu mempengaruhi manusia. Ada di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran berkata-kata dan berpidato, akan tetapi qudwahnya dalam ketenangan dan ukhuwwahnya begitu mempesonakan manusia. Ada di antara mereka yang berpidato berapi-api hingga dapat mengalirkan air mata pendengar, namun mungkin ia belum mampu untuk membuatkan manusia dekat padanya. Ada di antara mereka tegas, ada yang lembut, ada yang keras, dan ada yang bermuka manis dengan senyuman melebar dan sebagainya, itu semua adalah keunikan tersendiri yang mempengaruhi dan menarik minat manusia untuk dekat dengan Islam.

 

Graviti daie meningkat dengan cekalnya berdakwah dan melaksanakan amal dakwah. Ia tidak diperoleh dengan tingkatan almari buku yang dibaca dan helaian risalah yang dihafal. Kita sering mendapati bahawa ada di antara daie yang tinggi ilmunya, apabila berkata dan berhujah seakan tidak akan berhenti, namun masanya hanya di rumah dan tersembam di kerusi dan katil. Di dalam perbincangan seronok memperkatakan cadangan itu dan ini, resolusi dan sebagainya, namun apabila amal dan pelaksanaan hilang entah ke mana.

 

Kita memerlukan supaya jundiy dan pemimpin mempunyai thiqah. Daripada mad’u kepada daie dan jundiy kepada pemimpin. Thiqah adalah suatu yang diberi, bukan diminta. Itulah pemahaman benar kepada thiqah. Seorang pemimpin yang merasakan jundiynya tidak memberikan thiqahnya perlulah mengoreksi diri terlebih dahulu. Seorang jundiy yang sukar memberikan thiqahnya perlu juga mengoreksi ego dan diri terlebih dahulu. Kejayaan sesuatu organisasi bergantung pada pemahaman, kepercayaan dan pelaksanaan.

 

Jadilah kita pemimpin dan jundiy yan thiqah. Thiqah bukan diukur dari penampilan sahaja, tapi seluruh diri kita perlulah thiqah. Dari segi ilmu dipercayai, dari segi akhlak dipercayai, dari segi kepimpinan dipercayai, termasuk penampilan dan urusan harian. Wallahu ‘alam.


Responses

  1. jazakallah atas penjelasan yg mencerahkan.

    kepelbagaian karakteristik positif du’at adalah warna-warni pada rama-rama dakwah yg bisa menarik pandangan mad’u. tapi, rama-rama itu (daei) mesti terbang keluar dari kepompongnya yg selesa (ie rumah), berlegar dan singgah ke kuntum demi kuntum (ziarah mad’u). insyaAllah.

  2. Sedikit perkongsian…diri ini menimba ilmu disekolah sekular alirannya…pergaulan sehari2 antara muslimin dan muslimat ibarat tiada batas penghalang…bebas sekali…cuma belum sampai tahap bersentuh kulit…

    Syukur pada Allah… dibukakan pintu hati untuk melanjutkan pelajaran… kukenal jemaah disini…mungkin merasa diri agak layak dari segi luaran… diangkt menjadi pimpinan…

    Namun, sejarah silamku..buknlah rahsia… diketahui umum dan mula thiqahku dipersoal…jika kalian berada ditempatku…apakah yang kalian akan lakukan??…

    Moga cukup Allah bagiku..doakan daku…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: