Posted by: ameersyuhada | November 27, 2007

Tua Tutup, Muda Buka

Saya merasakan pemandangan begini amat serasi dengan pengalaman kita. Ia tidak janggal, dimana pun boleh berjumpa. Entahlah, saya pun banyak tidak mempeduli soal ini, apatah lagi ingin memikirkan puncanya. Akan tetapi, memandangkan mereka adalah orang Islam, maka tidak dapat tidak saya bertanggungjawab atas masaalah mereka.

Saya biasa keluar ke sana sini, ke bandar dan ke kampung. Ada seorang makcik tua, bersama anak perempuannya. Makcik itu bertudung elok, labuh dan menepati syariat. Sedangkan anaknya tidak cukup kain, lantaran desakan ekonomi mungkin, sehinggakan tidak mampu menutup sempurna auratnya. Rambutnya perang, mungkin terlalu lama di bawah matahari, matanya merah dan biru, saya tidak mampu membezakan samada bengkak lebam ataupun warna solekan. Nyatanya, dia merasakan dirinya cantik, tetapi saya langsung tidak dapat memberikan apakah kecantikan itu padanya. Tidak ubah seperti anak patung tidak bernyawa.

Soalnya, makcik tua itu yang juga ibunya, mungkin sudah dirukhsah jika terbuka auratnya, memakai elok. Sedangkan anaknya yang (tak) cun melecun terdedah sana sini. Saya pelik, yang manakah antaranya kedua ini yang patut ditutup dan dijaga dahulu? Adakah ibunya yg sudah tiada daya tarikan atau anaknya? Pelik tapi ajaib. Manusia tidak memahami.

Kedua, ayah berkopiah dan berperawakan agak alim. Anak perempuannya juga serupa, dedahan tidak kurang hebatnya. Anehnya si ayah seolah tidak pernah menegur dan merelakan anaknya sebegitu. Saya mengamati dari segi mereka bergaul. Bagaimana si ayah ini akan dipersoalkan tanggungjawabnya.

Ketiga, si ibu berfesyen. Si anak perempuannya bertudung litup, sempurna, elok dan terjaga. Saya seolah mahu menangis. Kerana saya mengetahui si anak itu tidak memakai pakaian itu kerana didikan ibunya, akan tetapi kerana kesedaran dan kefahamannya tentang agamanya. Dan saya hanya mampu bertakbir. Si ibu? Mudah-mudahan si anak akan dpt menasihatinya, ataupun apabila telah menjadi makcik tua dia akan tau sendiri. Nyatanya, pada akhirnya insya Allah dia akan menutupi juga auratnya biarpun lambat.

Tapi apa terjadi pada yang pertama dan kedua? Mana mungkin si anak yg sudah besar mahu mendengar nasihat ibu bapanya yang telah tua?

Generasi ketiga makin bangkit. Percayalah. Yakinilah.


Responses

  1. betul..betul… banyak sangat fenomena sebegini sekarang..pelik bin ajaib sungguh..

  2. Ya ya, sungguh bengong orang gini..

  3. Ish ish ish

  4. aku penah tengok sorang bapak yang memakai kupiah, berkain pelikat, dan nampak alim², hantar anak pompuan die pegi tunggu bas..anak pompuannya plak, pakai skirt pendek je..oh, bapak die hantar naik motor…

    ishh³…

  5. pabila dein jadi “agama”
    pabila islam tinggal ritual
    itulah realiti kita

    sedih
    tp kesedihan tak mengubah apa-apa
    MARI TERUS BEKERJA
    AYUH, KITA!

  6. Dunia dah terbalik.

  7. update! update!
    😀

  8. updates?

  9. Salam ziarah. terima kasih atas manfaat bacaan.

  10. Layari ke http://odeo.com/audio/17671013/view untuk mendengar lagu terbaru dhuat Pelestina:Dendangan Luka

  11. jangan kita hanya mengata..tapi nasihatlah bila terjadi di depan mata..

  12. to nurul : it is hard to understand what i am trying to convey….isn’t it?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: