Posted by: ameersyuhada | Oktober 24, 2007

Inikah

Terasa mahu menulis sesuatu hari ni. Entah kenapa saya berasa agak tenang beberapa hari ni. Alhamdulillah dengan rahmat Allah, tilawah tidak pernah tertinggal. Saya tidak tahu entah apa nikmat yang saya rasakan, tapi saya sememangnya tidak boleh atau susah untuk berhenti untuk membaca Quran. Dan saya tidak berasa puas kalau tidak membaca dengan suara yang terang dan jelas. Saya tidak mempunyai suara yang merdu, akan tetapi kepuasan hati saya kerana ingin mempersembahkan sesuatu kepada Allah, bahawa saya tidak meninggalkan kalamNya, dan juga janji saya untuk menegakkan apa yang ada didalamnya.

Ada beberapa kisah tentang Quran ini dirumah saya. Ibu saya semakin rajin membaca al-Quran selepas solat. Alhamdulillah. Saya tidak pernah menyuruhnya membaca. Setiap kali saya membaca al-Quran, ibu akan berkata,”alahai lamanya x baca quran” kepada dirinya sendiri. Ibu saya bukanlah orang yang lalai, dia adalah ibu yang taat beribadah. Semoga dia mendapat keazaman meningkatkan amalannya. Kakak saya juga ada cerita tersendiri. Dia sangat menjaga solatnya. Alkisahnya beberapa hari yang lalu saya terlambat bangun subuh. Kebiasaannya saya akan pergi ke masjid dan selepas balik ke rumah saya akan membaca Quran. Saya tidak pernah mengejutkan orang dirumah (semuanya perempuan: ibu, kakak 2 org, adik). Akan tetapi jika mereka mendengar saya membaca Quran, mereka akan terbangun dan bersembahyang subuh. Namun hari itu saya terlambat bangun dan kakak saya yang mengejutkan saya. Saya kemudiannya mendengar ibu bertanya kepada dia.” Macamane boleh tau wie x bgn lg?” Kakak saya menjawab.” Selalunya tiap2 pagi mesti dia baca Quran, pagi tadi tak dengar, mesti tak terbangun lagi.” Perkataan ini sangat berkesan dalam hati saya. Membuatkan saya semakin bersemangat. Istiqamah selama beberapa bulan sebenarnya berhasil. Dan saya akan terus istiqamah dengannya.

Bukan senang untuk kita mengubah keluarga. Marah dan berleter bukan caranya. Berceramah juga bukan caranya. Ada kalangan kita yang cuba bentang ISK kepada ibubapanya. Alhamdulillah dengan semangatnya. Tapi bagi saya ia juga tak kena gayanya. Keluarga kita sangat mengenali kita, lemah kita, buruk kita. Kalau setakat ibu bapa, perubahan sedikit pun dapat dikesan. Nasihat saya, berlemah lembutlah dan masa kita bersama mereka lama. Pastikan kesabaran dalam proses mengubah.

Juga usaha kita utk adik2 kita. Kasar sama sekali tidak berkesan. Saya seringkali membuat kesalahan ini kepada adik bongsu saya. Saya memarahinya itu ini, memaksa dan sebagainya. Akan tetapi saya merasakan ia tidak berhasil langsung. Hinggalah suatu hari, saya berkata kepadanya.” Adik, kalau dah masuk maghrib pergilah mandi, tutuplah tv tu, kartun sampai bila tak habis.” Dengan nada lembut. Akhirnya dia akur. Selepas itu, sebaik sahaja saya balik dari masjid, dia sudah lengkap bersolat dan membaca al-Quran. Dan saya tak perlu memarahinya lagi.

Abang saya juga ada hal yg lain. Dia tua 6 tahun dari saya. Dari dahulu, dia memang memandang rendah saya apatah lagi mahu menerima nasihat saya. Akhir-akhir ini, dia sering bertanya kepada saya banyak hal. Isu syiah, isu iran, isu palestin dan berbagai lagi. Dan akibatnya terpaksalah saya berceramah kepadanya. Dia mengagumi keluasan ilmu dan bagaimana saya memandang sesuatu isu. Akhirnya dia mencadangkan kepada saya untuk membuat suatu website untuk meletakkan segala ilmu-ilmu saya. Saya hanya tersenyum. Alhamdulillah, sekarang dia telah mula menerima perubahan saya dan cuba untuk mengikutinya. Sebenarnya perangai dan sifat saya banyak mencerminkan arwah ayah saya. Ayah saya seorang yang disegani kerana kealiman dan ilmunya. Walaupun saya tidak sama dari segi wajah, namun dr segi yg lain saya saling tidak tumpah dengan arwah ayah saya. Mungkin kerana rindu dengan arwah ayah, keluarga saya dapat menerima dengan baik perubahan yang saya cuba lakukan.

Segala perkongsian ini mungkin terlalu peribadi, tapi saya bertujuan untuk memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang merasakan ia bermanfaat. Moga Allah mengampuni dosa kita dan dosa keluarga kita. Amin.


Responses

  1. AllahuAkbar!

  2. barakaAllah

  3. jazakumullahu bil ahsanil jaza’.

  4. Biasa la keluarga.. Ada baik buruk dan cacat cela masing2. Hanya orang “di dalam” sahaja yang tahu. Semoga terus istiqomah.. Islam is the way of life..🙂

  5. moga bahagia milik kamu!

  6. ya benar. core business kita ialah dakwah hati. dengan hikmah (bijak) dan mau’idzoh hasanah (contoh teladan yg baik). bukan dakwah kekerasan dan paksaan. ternyata, pada sesetengah waqi'(suasana), dakwah bil hal wal khuluk (perbuatan & akhlak) lebih hebat kesannya dari dakwah bil lisan (lidah). kita para pembaca, dakwah kita sendiri kpd keluarga kita? ayuh, sama-sama!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: