Posted by: ameersyuhada | Februari 8, 2010

Pasca KOBANNA : Apa yang aku pelajari

Mendidik ummah tidak mudah. Mendidik ahli pun pastinya mencabar. Mengajak manusia ke arah penilaian dan pendekatan baru dalam perjuangan Islam semestinya mendapat reaksi yang pelbagai.

Bercakap, bersembang, berbincang dengan pelbagai rakan dari pelbagai latar belakang menyebabkan saya menyimpulkan manusia sentiasa terbahagi kepada tiga kumpulan.

1) Golongan yang ikhlas dan menerima dakwah
2) Golongan yang berprasangka dan dengki
3) Golongan yang tidak berbuat apa-apa

Dan disini saya tidak mahu mengulas tentang ketiga-tiga kumpulan tersebut, tetapi hati saya ingin untuk menjernihkan kepada kelompok yang berprasangka dan ragu-ragu.

Pada asasnya, setiap dari penjelasan pada sesuatu agenda semestinya dibincang, dibentang dan diulas lumat dalam satu keadaan tenang dan terbuka. Soal jawab, kekeliruan, dan rasa hati perlu diluah ketika mana agenda atau usul dilakukan. Jika ada cakap belakang atau komen ‘terlebih masa’, maka hendaklah ianya disalurkan dengan betul, dengan pemahaman bahawa seseorang itu mesti hadir atau mendengar habis ulasan si pemberi cadangan atau usul itu.

Sekiranya seseorang itu tidak berada di tempat kejadian ketika usul sedang dibincangkan, maka adalah menjadi maklum bahawa komennya tidak valid, sehingga pada pertemuan pada waktu hadapan untuk mengesahkan atau membuka kembali isu tersebut.

Namun terdapat segolongan pihak yang begitu tajam akal dan lidahnya sehingga sembrono menuduh di sana sini terhadap pihak yang mengusulkan idea, tanpa pergi atau bertemu langsung dengan pembentang usul. Apatah lagi, serangan-serangan dilakukan tanpa lebih dahulu ingin memahami atau mendalami sesuatu yang ingin dibincangkan.

KOBANNA mengeluarkan resolusi perjuangan sebuah NGO Islam yang giat aktif dalam masyarakat. Mana mungkin dicari sebuah NGO yang masih sabar dan tsabat dengan jalan tarbiyyah, yang nyata kesannya dan impaknya yang lambat. Sedang rakan-rakan NGO lain memperjuangkan sisi sisi lain Islam yang tidak kurang pentingnya.

KOBANNA menetapkan ufuk baru bagi permasalahan semasa umat Islam di Malaysia. Sesungguhnya Malaysia adalah negara yang unik, dan mempunyai cabarannya tersendiri. Mengapakah dakwah di Malaysia tidak sepantas dakwah di negara lain, contohnya Indonesia? Ramai yang terkesima malah terpesona dengan rakan dakwah di negara lain, tetapi gagal untuk memahaminya cabaran atau masalah di Malaysia tercinta ini.

Kacau bilau dan rasuk politik dan pelbagai rencam bangsa dan survival menambah lagi luka pada tanah air ini. Apa yang penting, maruah Islam dan Melayu itulah saban hari diserang dan diperlekehkan.

Tiada satu suara melambangkan Islam yang boleh disahut oleh semua umat Islam di Malaysia ini. Islam kerajaan ditolak mentah-mentah oleh blok politik Islam. Parti politik Islam pula bertalak tiga dengan segala yang berwajah Islam dari pihak lawannya, tapi mampu bertunang dengan kafir harbi yang didambakan keislamannya.

Seru hiruk pikuk ini mencacatkan pemikiran, apatah lagi 90% umat Melayu Islam yang masih terlolong dan terkinja-kinja dengan Akademi Fantasia, Mentor, Jom Heboh dan yang sealiran dengannya.

Ramai sudah muak dengan kedua-dua belah pihak.

Saya juga dirapati seorang pemuda, yang mahukan agar konvensyen ini tidak sepatutnya diadakan sebegini sahaja, malah harus diangkat dan diangkasa terus ke Dewan Parlimen. Sifirnya mudah, kalau inilah yang anda katakan sebagai yang Haq, maka mesti laungkan sekuatnya untuk melawan Al-Bathil itu…,

JAdi disini aku mempelajari beberapa perkara;

1) Jika kita yakin dengan perjuangan kita, maka kita tidak perlu malu untuk kedepan dan mempromosinya.
2) Sudah sunnah pasti akan ada terbentuk 3 golongan. Terima dan perjuang, ragu-ragu syak wasangka dan dengki, serta tidak berbuat apa-apa.
3) Sentiasa ada golongan ekstremis dan melampau-lampau dalam perdebatan, perbahasan mahupun pengamalan.
4) Ada juga rakan-rakan yang menghadiri dan duduk dalam konvensyen, tapi masih tak mampu menerangkan mesej itu kepada orang lain. Sedangkan saya hanya bertugas di gerai luar dan hanya membaca kertas kerja keesokan harinya dalam kereta perjalanan ke Ipoh!
5) Menerima komen dan feedback sangat penting untuk menguatkan dan menyempurnakan kita. Bukan untuk menjadi lemah dan tidak produktif.


Responses

  1. ulasan yang bagus.syukran atas perkongsian

  2. apa komentar yang perlu ditulis ya?! entri ini sudah cukup sifatnya tanpa perlu kepada apa-apa pertambahan. tuntasnya, saya bersetuju bahawa tiga golongan ini ialah hasil dapatan dakwah selama ‘lamanya’ dakwah di Malaysia ini. samada kita akan terus tsabat, atau mengubah haluan kepada mereka yang berhasad dengki ataupun lebih culas, tidak berbuat apa-apa.

  3. yang paling menarik seolah-olah pihak yang mengaku memperjuangkan islam merasakan jalannya sahaja yang betul. memang kita sukar berlapang dada dalam perkara khilaf dan ijtihad pejuang lain, jika mahu nasihatkan pun, ada adabnya, sekadar berkata di belakang medan tidak membawa kesan saya setuju tu.

    duduk dan berbincang kan lebih baik. tapi nak duduk dan berbincang pun akan menimbulkan ketidakpuasan hati, rasa nak bergaduh dan lain-lain, amal pun tergendala, dan tertinggal perkara prioriti yang lain. pandangan saya sahaja yang dah muak fasal gasakan antara jemaah. akhirnya, Allah tak tengok jemaah kita apa, Allah tengok keikhlasan seorang hamba itu dalam beramal.

    saya minta maaf atas sikap yang melulu saya dalam melontarkan komen di fb dengan pengetahuan saya yang agak baik tentang fikrah dan pembawaan isma, dan keadaan saya yang masih lagi mencari-cari keyakinan dengan jalan mana untuk saya bergerak.

    apa yang dikatakan isma ada betulnya, tapi janganlah sampai melabel jemaah lain sebagai ragu-ragu dengan fikrah isma yang juga suatu ijtihad kerana ijtihad mereka munkin berbeza. kita sepatutnya menjadikan islam sebagai paksi dalam melihat golongan2 tersebut, bukan paksi jemaah. Wallahu’alam.

  4. Hello, after reading this remarkable piece of writing i
    am too cheerful to share my experience here with friends.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: